awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Mahkota Ismail bincang projek pembangunan infrastruktur di Johor

Bernama
Bernama
11/06/2024
08:44 MYT
Tunku Mahkota Ismail bincang projek pembangunan infrastruktur di Johor
Perbincangan itu melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir. -Facebook
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan membincangkan pelbagai projek melibatkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan rakyat di Johor.
Menerusi hantaran di Facebook Tunku Mahkota Ismail, perbincangan itu melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir.
Hantaran itu memaklumkan antara perkara dibincangkan ialah cadangan membina persimpangan bertingkat baharu di Link Kedua, projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sungai Sedili Besar serta program pemuliharaan Sungai Skudai di daerah Kulai dan Johor Bahru.
Turut dibincangkan ialah projek khas berimpak tinggi negeri iaitu cadangan pembangunan Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) bagi sistem pengangkutan awam di Wilayah Iskandar Malaysia dan cadangan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) dari Mersing-Kota Tinggi-Johor Bahru.
"Projek-projek ini selaras dengan keutamaan Pemangku Sultan Johor untuk membangunkan infrastruktur, memperbaiki kemudahan rakyat dan meningkatkan ekonomi negeri," menurut hantaran itu hari ini.
Turut hadir dalam perbincangan itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Datuk Shahrol Anuwar Sarman dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tunku mahkota ismail
#pembangunan infrastruktur
#kemudahan rakyat di Johor
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan