JOHOR BAHRU: Keprihatinan Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam membangun dan memperkasa belia di negeri Johor bukan merupakan satu perkara asing bagi rakyat di negeri itu terutama dalam aspek sukan dan kemasyarakatan.
Ia lebih-lebih lagi selepas Tunku Mahkota Ismail diberi tanggungjawab oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengetuai dan memimpin semua aktiviti belia di negeri itu pada 19 Sept 2020.
Lantaran itu, baginda telah mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) yang menjadi platform untuk komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai dengan TMIYC pertama diwujudkan di Johor Bahru pada 21 Dis 2020.
Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru Muhamad Farid Mohd Firuz berkata kewujudan TMIYC itu bukan sahaja memberi peluang kepada belia menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah, malah berpotensi melahirkan generasi muda berkualiti dan berkeyakinan tinggi.
"TMIYC merupakan satu idea yang baik kerana Johor sememangnya memerlukan hab rekreasi yang strategik untuk belia. Rekaan dan komponen TMIYC juga berbeza di setiap daerah bergantung kepada minat komuniti atau belia di sesuatu tempat itu.
"Di Johor Bahru misalnya, TMIYC menyediakan pelbagai komponen bukan sahaja untuk belia, tetapi juga untuk keluarga yang mahu meluangkan masa bersama antaranya taman papan selaju iaitu Skatepro, trek basikal (Pump Track), taman parkour dan taman permainan kanak-kanak," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau difahamkan kerajaan negeri bercadang membuka sekurang-kurangnya satu TMIYC di kesemua 10 daerah di Johor secara berperingkat.
TMIYC Johor Bahru merupakan pusat aktiviti belia pertama di Johor, diikuti TMIYC Muar bakal beroperasi pada April ini dan TMIYC Pasir Gudang dijangka dibuka November ini manakala TMIYC Iskandar Puteri pula sedang dalam pembinaan.
Sementara itu seorang pengunjung Ahmad Zaid Hamizan Mohd Jeffri, 18, yang menggemari sukan ekstrem parkur berkata dia gembira kerana dengan adanya pusat aktiviti itu, dia boleh mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti sukan bersama rakan-rakan terutamanya selepas selesai waktu persekolahan dan hujung minggu.
"Pelbagai aktiviti termasuk sukan ekstrem dapat dilakukan di TMIYC ini dan kemudahan yang disediakan pun sangat menarik. Sebelum ini, ramai anak muda yang berminat untuk menyertai sukan ekstrem ini tetapi mereka tidak tahu ke mana harus dituju," kata pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Al-Quran Waddin itu.
Ahmad Zaid Hamizan berharap dengan adanya TMIYC di daerah lain di negeri itu, lebih ramai lagi golongan muda akan melibatkan diri dengan aktiviti gaya hidup sihat, sekali gus menghindarkan mereka daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak diingini.
Bagi Mohd Helmi Md Ali, 43, pula walaupun TMIYC kelihatan seperti lebih menumpukan kepada hab belia, namun sebenarnya pusat komuniti itu turut disifatkan "mesra keluarga" kerana menyediakan kemudahan untuk seisi keluarga menjalankan aktiviti beriadah secara santai.
"Pada hujung minggu, saya akan membawa anak-anak yang masih kecil beriadah di TMIYC kerana kemudahan yang disediakan memang lengkap dan selamat digunakan selain terdapat pelbagai jenis perniagaan berkonsepkan 'urban' ada di sini," kata pekerja swasta itu.
Mohd Helmi berkata idea Tunku Mahkota Ismail membangunkan TMIYC di Johor sangat tepat kerana pusat komuniti itu bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah merapatkan hubungan pengunjung yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa.
"Sebagai penduduk Johor, saya amat berbangga apabila Tunku Mahkota Ismail dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor. Saya berharap baginda dapat membimbing belia di negeri ini untuk lebih berjaya seperti baginda membawa pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ke tahap yang dibanggakan ketika ini.
"Diharapkan segala visi yang dibawa Tunku Mahkota Ismail pada masa akan datang menjadi pemangkin kepada golongan muda dan rakyat Johor supaya lebih bersatu dan bersama-sama menjadi penggerak ekonomi di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
TMIYC bukan saja memberi peluang kepada belia menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah, malah berpotensi melahirkan generasi muda berkualiti dan berkeyakinan tinggi. - Bernama
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
#AWANIByte: Huawei perkenal inovasi terbaharunya WATCH FIT 3 dan MateBook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu HUAWEI WATCH FIT 3 dan HUAWEI MateBook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan miliki syabu
Enam lelaki termasuk empat warga asing ditahan bersama 5,203 gram dadah jenis syabu di Serembah, Ahad lepas.
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
TMIYC jadi hab belia di Johor, cipta peluang untuk generasi muda berkualiti
TMIYC merupakan hab belia di Johor yang dilihat berpotensi untuk melahirkan serta mengetengahkan ramai bakat anak muda di negeri itu.
TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri
Ia sebagai usaha proaktif dalam menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
Pusat aktiviti belia TMIYC Johor dilancar
TMIYC dilihat sebagai satu permulaan dan penanda aras kepada tahap komitmen kerajaan negeri Johor terhadap golongan belia di negeri itu.