awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Nick Tazudin bukan kerabat diraja Johor

Bernama
Bernama
16/11/2017
23:00 MYT
Tunku Nick Tazudin bukan kerabat diraja Johor
Tunku Nick Tazuddin (dua, kanan) serta dua rakannya dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di Johor Bahru pada 28 Jun, 2013 setelah didapati bersalah mencederakan Muhammad Farkhan pada 2012. --fotoBERNAMA / Fail
Jumaah Majlis Diraja Johor pada Khamis menafikan Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, yang disabit kesalahan mencederakan petinju negara Muhammad Farkhan Mohd Haron pada 2012, kerabat diraja Johor.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli, dalam satu kenyataan di sini, turut menekankan kenyataannya pada 22 Sept 2017 bahawa hak dan kuasa melantik, menjadi dan memasukkan seseorang sebagai kerabat diraja Johor terletak kepada Sultan Johor.
"Ini adalah sebagaimana termaktub di bawah Fasal 7 (2) (e) Bahagian Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
"Jumaah Majlis Diraja mengesahkan tertuduh tidak pernah dilantik, dijadikan atau diiktiraf sebagai Kerabat Diraja Johor," kata beliau dalam kenyataan itu.
Abdul Rahim mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas dua laporan berita pada Rabu yang menyatakan Tunku Nick Tazuddin sebagai kerabat diraja Johor.
Di dalam laporan itu, Bernama menyatakan Tunku Nick Tazuddin sebagai anggota kerabat diraja Johor.
Sehubungan itu, Bernama memohon maaf di atas kesilapan tersebut.
Pada Rabu, hukuman penjara terhadap Tunku Nick Tazuddin, 32, dikurangkan kepada dua tahun namun ditambah dengan denda RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitannya terhadap pertuduhan mencederakan Muhammad Farkhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#kerabat
#mahkamah
#Sultan Johor
#Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan