KUANTAN: Kerajaan Pahang telah meminta pihak penasihat undang-undang negeri untuk meneliti secara terperinci bidang kuasa yang ada dan bertepatan dengan undang-undang yang ada di mahkamah berikutan kes perebutan hak penjagaan anak Orang Asli yang berlaku di negeri tersebut.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, langkah itu diambil seandainya jika boleh dibuat proses rayuan atau tuntutan dari pihak anak atau keluarga yang mensabitkan jika ada unsur-unsur penderaan.
Beliau berkata sedemikian susulan satu kes di mahkamah di sini mengenai perebutan hak penjagaan di antara ibu bapa Orang Asli yang bercerai terhadap anaknya.
Menurutnya, isu ini menjadi lebih kritikal apabila si ibu dan ayah masih bertelingkah untuk menuntut hak masing-masing.
"Sebenarnya mana-mana pihak tidak boleh mencampuri urusan mahkamah apabila ketetapan telah dibuat.
"Namun kerajaan negeri telah meminta pihak penasihat undang-undang negeri untuk meneliti secara terperinci bidang kuasa yang ada dan bertepatan dengan undang-undang yang ada di mahkamah seandai jika boleh dibuat proses rayuan atau tuntutan dari pihak anak atau keluarga yang mensabitkan jika ada unsur-unsur penderaan.
"Ini bertujuan membantu agar hak pihak yang teraniaya khususnya anak dapat dipelihara sebaik-baiknya," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.
Sebelum ini, tular klip video di platform TikTok berdurasi 1 minit 31 saat yang dimuat naik oleh Liputan 7 yang memaparkan ibu dan anak terbabit menangis di Mahkamah Kuantan hingga mendapat tontonan lebih 2 juta setakat ini.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga bersimpati terhadap anak terbabit seandainya ada unsur-unsur penderaan dari mana-mana pihak.
"Jika perkara ini benar-benar terbukti sudah pasti kerajaan negeri tidak akan berdiam diri. Kebajikan anak ini sudah pasti tidak akan diabaikan samada dari sudut agama ataupun pembelajaran dan kebajikan," ujar Syed Ibrahim lagi.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri juga telah meminta Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang (JAKOA) Serta Unit Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk meneliti dan berusaha bagi membantu perkara-perkara yang boleh dan dibenarkan mengikut undang-undang seandainya anak ini ada di sini dan lebih-lebih lagi jika memohon bantuan.
"Kita yakin perkara ini tidak menjadi sebarang kekusutan daripada mana-mana pihak dan hak anak ini dapat dibela sebaik-baiknya mengikut bidang kuasa mahkamah," tambah beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 28 2023
Klip video tular yang memaparkan ibu dan anak terbabit menangis di Mahkamah Kuantan hingga mendapat tontonan lebih 2 juta setakat ini. - Gambar/ Media sosial/ Sinar Harian
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Fahmi arah MCMC ambil tindakan individu ulang siar video lama
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendakwa video tular di laman sosial, TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @janggut.putih merupakan rakaman pada tahun 2019.
Ibu dakwa ada kesan kemerahan pada leher anak - Polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang didakwa menjalinkan hubungan dengan gurunya.
Polis rampas pistol warga emas
Polis merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan seorang warga emas yang tidak berpuas hati dengan ejen penarik kereta, yang video kejadian itu jadi tular di media sosial baru-baru ini.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
'Arwah ada sejarah lampau, tapi tiada hak dipukul hingga mati'
Shah Rizad Samad, 43, berkata, lima penghantar makanan yang didakwa membunuh adiknya, tidak sepatutnya mengambil langkah menggunakan kekerasan.
Penghantar makanan didakwa bakar kereta polis bantuan
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar kereta polis bantuan di sebuah stesen MRT.
Wanita jalani pembedahan plastik cuba lari dari hospital
SEORANG wanita menimbulkan kekecohan selepas cuba melarikan diri di sebuah hospital kecantikan swasta di Istanbul, Turkiye.
Kes tular: Gaduh dalam restoran, 4 rakan sekerja didenda RM1,000
Empat rakan sekerja yang terlibat dalam insiden pergaduhan di sebuah restoran makanan segera yang tular di media sosial baru-baru ini, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret.
Pelajar merokok dalam tandas calon SPM, telah dibuang sekolah
Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.