awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau

Bernama
Bernama
26/07/2024
08:17 MYT
Turkiye intai kerjasama dengan Sarawak dalam industri teknologi tinggi, tenaga hijau
Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel menyifatkan visi Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai sangat menarik dan mengujakan. - Foto UKAS
KUCHING: Turkiye komited untuk memperluaskan kerjasama dua hala dengan Malaysia dalam industri teknologi tinggi dan tenaga hijau di Sarawak, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Bercakap kepada pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini, duta itu meramalkan potensi Sarawak untuk merealisasikan kerjasama ekonomi antara kedua-dua pihak.
"Kita telah memperkenalkan dua syarikat penting dari Turkiye untuk meningkatkan kerjasama dan membincangkan bagaimana kita boleh mencapai sinergi antara syarikat kami dan keupayaan Sarawak.
"Visi Sarawak (kerajaan) sebenarnya secara peribadi sangat mengujakan saya, kerana terdapat aktiviti ekonomi yang besar dan visi Premier (Abang Johari) sangat menarik," katanya.
Pertemuan yang berlangsung selama setengah jam itu turut membincangkan potensi Sarawak dalam infrastruktur, teknologi aeroangkasa dan pendigitalan.
"Ini adalah beberapa bidang dan item yang Turkiye mahir dan kita mempunyai syarikat berbeza yang bekerja ke arah ini," katanya.
Turut hadir Pengarah Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri Fenny Nuli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Turkiye
#Sarawak
#tenaga hijau
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan