Tindakan spontan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran membuatkan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr Abd Latif Mohmod berasa terharu dan dihargai.
Beliau yang ditemui pemberita selepas istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 di Istana Negara hari ini berkata, beliau sama sekali tidak menduga Seri Paduka akan bertindak sedemikian selepas melihat beliau yang bertongkat akibat kecederaan yang dialaminya 10 tahun dahulu ketika bertugas.
"Saya rasa terharu. Mungkin Yang di-Pertuan Agong rasa saya susah untuk naik (anak tangga singgahsana) sebab berjalan pakai tongkat.
"Sebenarnya saya terperanjat. Tuanku beri signal (kepada saya) jangan naik (anak tangga singgahsana) dan bertitah "Tidak apa saya turun,"kata Abd Latif yang menyifatkan tindakan Seri Paduka itu sebagai satu penghargaan daripada seorang raja yang berhati mulia kepada rakyat yang cuba berbakti kepada negara.
Menurut Abd Latif, Al-Sultan Abdullah juga sempat bertanya keadaan dirinya: "Dah lama ke sakit, boleh berjalan ke?"
Menjawab pertanyaan Seri Paduka, Abd Latif memberitahu, beliau boleh tetapi tidak boleh berdiri lama kerana pernah jatuh dulu sewaktu bekerja.
Pada istiadat pengurniaan hari pertama hari ini, Abd Latif yang akan bersara pada tahun depan dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk'.
Pada tahun ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan kepada 795 individu daripada pelbagai kategori.
"Penghargaan ini adalah kurniaan terbaik yang saya dapat di peringkat Persekutuan. Ini membuktikan kita perlu terus berbakti dan berjasa bukan untuk diri sendiri tetapi untuk negara," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 09 2019

Yang di-Pertuan Agong mengurniakan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk kepada Dr Abd Latif Mohmod di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar BERNAMA

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.

Niaga AWANI: Bagaimana kenyataan FOMC,IMF, vaksin pengaruhi pasaran?
Kami membincangkan berkenaan saham Gamestop yang mencatatkan peningkatan hampir 200 peratus dalam dagangan semalam. Terkini Forum Wallstreetbets di Reddit telah ditutup untuk umum dan perlukan jemputan untuk melihat kandungannya. Saksikan rakaman temubual berkenaan.

Niaga AWANI: Saham di pasaran Asia dijangka rendah
Saham di pasaran Asia dibuka rendah dengan pelabur ambil kira kejatuhan pasaran di Amerika. Dalam masa yang sama, pelabur turut perhatikan pengeluar komponen Apple di Asia dan saham Alibaba Group. Ini susulan keputusan sukuan Apple dan laporan WSJ yang ant ingin jadi syarikat kewangan dengan seliaan PBOC.

AWANI Pagi: Sindrom terowong carpal: Apakah simptom & rawatan yang ada?
Pergelangan anda selalu sakit dan kebas? Mungkin ini petanda Sindrom Terowong Carpal. Ikuti kupasannya bersama Dr Mohamed Faizal Sikkandar, Pakar Ortopedik UiTM Private Specialist Centre (UPSC) dalam #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANInews

AWANI Ringkas: Thaipusam dalam norma baharu | CPI 2020: Di mana kedudukan Malaysia?
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887507/2324678731611795704860_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Januari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Nursyazwani Saiful Sham dan Geegee Ahmad #AWANIpagi 28 Januari 2021. 1) Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam 2) Pemberian 150,000 komputer riba kepada pelajar dipercepatkan bulan depan #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Ringkas: PKPD di dua lokasi di Terengganu | Perang EU-Astrazeneca makin tegang

EPL: Aksi pertama Chelsea di bawah Tuchel mengecewakan
Tuchel dilaporkan hanya sempat mengendalikan Chelsea untuk satu sesi latihan.

World Economic Forum | John Kerry ulangi komitmen AS dalam perubahan iklim
Perkembangan sama, Amerika Syarikat kembali menyertai pakatan perubahan iklim, yang dikenali sebagai perjanjian Paris. Utusan khas perubahan iklim Amerika, John Kerry memaklumkan negara itu bukan sahaja meningkatkan usaha mengurangkan pencemaran gas hijau, tetapi juga berhasrat menggalakkan negara lain buat tindakan sama.

EPL: Burnley bangkit tundukkan Aston Villa
Aksi di Turf Moor awal pagi tadi menyaksikan pelawat mendominasi permainan dalam babak pertama apabila Villa meledak jaringan pertama pada minit ke-14.

Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
Agong dan Raja Permaisuri mengucapkan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu.

Pakar kesihatan rayu campur tangan Agong henti PRU15, barisan hadapan tertekan
Ini susulan suhu politik tanah air semakin panas dengan terdapat gesaan beberapa pihak yang mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat.

Agong, Permaisuri doakan kesembuhan Nur Izzah
Nur Izzah Mohd Shokri koma selepas terbabit dalam satu kemalangan di Manchester.

Pulang dari Abu Dhabi, Agong jalani kuarantin kendiri tujuh hari
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari selepas selesai lawatan khas lima hari ke Abu Dhabi.

Agong perkenan isytihar darurat bagi PRK Gerik dan Bugaya - PM
PRK Gerik dan Bugaya ditangguhkan pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Pemergian Prof Ungku Aziz: Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Allahyarham
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar.

Agong berkenan tinjau, sertai operasi SAR remaja jatuh Sungai Pahang
Seri Paduka cemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat Mohd Loqman Hamka, 20, yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang.

Belanjawan 2021: Jika tidak lulus, belum tentu kerajaan hilang keabsahan - Penganalisis
Prof Madya Dr Ummu Atiyah Ahmad Zakuan berkata sekiranya Belanjawan 2021 tidak mendapat sokongan, ia tidak semestinya secara automatik dikaitkan dengan undi tidak percaya.

KKM sambut baik pengisytiharan darurat di Parlimen Batu Sapi
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata proklamasi darurat itu dapat mencegah penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.

Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah - Istana Negara
Al Sultan Abdullah bertitah, amatlah wajar PRK Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara. .