KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempertimbangkan penubuhan politeknik swasta yang diterajui pihak industri bagi meningkatkan kualiti dan nilai kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan itu selari dengan rangkaian inisiatif KPT yang sedang meletakkan bidang TVET dan pengajian politeknik setanding universiti.
"TVET ini bukan sahaja tentang kemahiran vokasional dan teknikal tetapi keupayaan mengendalikan teknologi, ia mesti dipersembahkan sebagai saluran masa depan yang bernilai cerah... (jadi) antara yang sedang kita usahakan termasuklah membuka lima Pusat Asasi TVET yang akan menjadi saluran terus kepada semua universiti teknikal di seluruh negara bermula tahun ini.
"(Selain itu) kolej-kolej komuniti di seluruh negara pula akan membuka ruang seluas-luasnya untuk semua masyarakat mengikuti kursus-kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat tanpa perlu mempunyai apa-apa kelayakan awal," katanya.
Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian ketika menggulung ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sementara itu, beliau berkata semua lulusan diploma daripada politeknik akan berpeluang memindahkan kredit dan melompat terus ke tahun kedua sekiranya menyambung pengajian di universiti-universiti teknologi dan teknikal.
"Agenda pemerkasaan TVET adalah penting dalam memastikan ia menjadi bidang fokus dan pilihan di negara ini... kita kini di landasan yang betul," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata KPT akan bekerjasama dengan kementerian lain dalam usaha menyediakan ekosistem pendidikan tinggi yang bersifat promahasiswa.
Beliau berkata sebagai wakil UMNO di dalam kerajaan, satu daripada fokusnya ialah memperjuangkan disiplin Pengajian Melayu yang melibatkan aspek masyarakat, ekonomi, pendidikan dan teknologi Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata cadangan itu selari dengan rangkaian inisiatif KPT yang sedang meletakkan bidang TVET dan pengajian politeknik setanding universiti. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

UK terus menyokong pembangunan TVET Malaysia - Duta
UK akan meneruskan kerjasama dengan Malaysia bagi menyokong cita-cita negara untuk menjadikan TVET sebagai pemacu utama kemakmuran ekonomi.

Digitalkan pendidikan negara, mantapkan TVET di aliran perdana - Pakar Pendidikan
Anuar berkata, anak-anak yang pintar perlu melihat TVET sebagai pilihan utama, tidak hanya tertumpu untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.

Lebih 60 peratus kurikulum politeknik, kolej komuniti fokus bidang TVET
Lebih 60 peratus kurikulum pembelajaran dan pengajaran di politeknik serta kolej komuniti seluruh negara akan memfokuskan kepada TVET.

PKPB terima dua anugerah kecemerlangan TVET
Membawa semangat 'Bantu Belia Bantu Negara', inisiatif Projek Belia Mahir yang digerakkan NGO itu sejak 2010 telah memberi manfaat kepada 50,000 belia.

KPT pertimbangkan laluan khas politeknik kepada pelajar aliran agama, huffaz
Cadangan itu bakal membuka peluang serta laluan lebih besar untuk pelajar jurusan berkenaan mengikuti pengajian TVET di semua politeknik di bawah KPT.

Peruntukan RM30 juta untuk pembangunan TVET di CENTEXS - Ahmad Zahid
Kerajaan meluluskan peruntukan pembangunan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Komersial.

RM15 juta diperlukan untuk agenda pendigitalan di politeknik tahun depan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah membuat permohonan kepada KPT bagi mendapatkan peruntukan itu.

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

KBS mahu TVET tawar program hujung minggu
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat menstruktur semula program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan menyediakan kursus pada hujung minggu.

Belanjawan 2024: KKDW beri tumpuan tingkat prasarana dan ekonomi luar bandar, TVET
KKDW memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan prasarana dan ekonomi luar bandar serta TVET dalam Belanjawan 2024.