awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter iktiraf akaun @chedetofficial Tun Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2017
10:49 MYT
Twitter iktiraf akaun @chedetofficial Tun Mahathir
Akaun bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial dapat status pengesahan daripada Twitter hari ini dan akaun Twitter Barisan Nasional antara pengikut akaun tersebut. - Foto Astro AWANI
Twitter memberikan status iktiraf pengesahan atau verified status kepada akaun milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Sehingga kini jumlah pengikut akaun tersebut hampir mencecah 49 ribu.
Akaun tersebut diuruskan oleh Dr Mahathir dan dibantu kakitangan pejabatnya sendiri.
Antara tokoh politik dan personaliti terkemuka tanah air yang diikuti oleh akaun tersebut termasuk akaun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
The twithandle @chedetofficial is now verified official, handle by YABhg Tun Dr Mahathir and admin from Tun's office.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 15, 2017
Turut diikuti adalah akaun penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan anak beliau sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menariknya akaun Twitter Barisan Nasional turut merupakan antara pengikut akaun tersebut.
Turut diikuti adalah akaun penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan anak beliau sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir.  Menariknya akaun Twitter Barisan Nasional turut merupakan antara pengikut akaun tersebut.
Antara akaun yang mengikuti akaun Twitter bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad
Akaun Twitter mantan perdana menteri itu sering dipertikaikan kerana wujudnya pelbagai akaun yang menggunakan nama beliau sehingga mengelirukan netizen.
Sebelum ini, anak sulung beliau, Marina turut merakamkan beberapa tweet menafikan kewujudan akaun palsu tersebut yang dikatakan diuruskan oleh bapanya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Twitter
#verified status
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan