awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Twitter lancar ciri baru 'Moments' untuk paparan berita menarik

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
08/10/2015
06:31 MYT
Twitter lancar ciri baru 'Moments' untuk paparan berita menarik
Rangkaian sosial, Twitter secara rasminya melancarkan satu ciri baru "Moments" pada Selasa untuk menarik lebih banyak pengguna baru.
Rangkaian sosial, Twitter secara rasminya melancarkan satu ciri baru "Moments" pada Selasa untuk menarik lebih banyak pengguna baru.
Difahamkan, Moments akan membantu mempamerkan berita-berita menarik yang sedang dibicarakan oleh pengguna Twitter, walaupun anda tidak mengikuti akaun twitter berkenaan.
Ia akan mengemaskini Moments sepanjang hari untuk memberi kupasan-kupasan berita hangat kepada pengguna.
Menurut AFP, Moments merangkumi berita-berita tergempar serta isu-isu semasa dan trending. Sebagai contoh, pada Selasa Twitter memaparkan beberapa tweet menarik termasuk berita berkenaan bencana banjir di Carolina Selatan dan landak pigmi, Marutaro.
Pengguna boleh mengakses ciri baru itu dengan menekan ikon "lightning bolt" pada aplikasi mudah alih Twitter ataupun di desktop.
Projek Moments merupakan sebahagian dari "Project Lightning" Twitter, inisiatif syarikat serta beberapa pelabur yang percaya ciri baru ini boleh membawa kembali kegemilangan Twitter dengan menarik pengguna baru serta mencari sumber pendapatan baru.
Rangkaian sosial itu berjaya menarik lebih daripada 300 juta pengguna tetapi pertumbuhannya dilapor masih perlahan.
Topic Berkaitan
#Moments
#pengguna
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan