awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TYT Melaka terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Perdasama

Bernama
Bernama
02/11/2025
22:30 MYT
TYT Melaka terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Perdasama
Mohd Ali (tengah) bersama para penerima pada Anugerah Kecemerlangan dan Makan Malam Gala Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) di Klang, malam tadi. -- fotoBERNAMA
KLANG: Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Makan Malam Gala Perdasama 2025 di sini malam tadi.
Anugerah disampaikan Presiden Perdasama Mohd Azamanizam Baharon itu merupakan pengiktirafan tertinggi pertubuhan berkenaan atas sumbangan luar biasa Mohd Ali yang berterusan membina serta memperkasakan komuniti usahawan di Malaysia khususnya di Melaka serta di peringkat antarabangsa melalui Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Sementara itu, 12 individu menerima Anugerah Kepimpinan Perdasama manakala dua individu menerima Anugerah Rakan Strategik Perdasama, yang disampaikan Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain.
Mohd Azamanizam dalam ucapannya berkata pertubuhan itu merupakan satu-satunya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi bumiputera yang menjadi panel penasihat Jawatankuasa Penasihat Garis Panduan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
"Alhamdulillah, ini satu lagi bukti kepercayaan terhadap keupayaan Perdasama dalam membawa pandangan dan kepentingan usahawan bumiputera ke peringkat dasar," katanya.
Beliau memaklumkan setakat 1 Sept lepas, keahlian Perdasama telah mencecah 27,480 syarikat bumiputera, merangkumi lebih daripada 50 sektor perniagaan dan industri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Ali Mohd Rustam
#Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Perdasama
#Perdasama
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan