awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TYT Sabah dijangka umum Ketua Menteri Sabah esok - Ahmad Maslan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/09/2020
08:56 MYT
TYT Sabah dijangka umum Ketua Menteri Sabah esok - Ahmad Maslan
Perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah dengan Tun Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.
KOTA KINABALU:Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijangka akan mengumumkan nama Ketua Menteri Sabah yang baharu esok, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Dalam ciapannya, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, perjumpaan antara pemimpin-pemimpin kanan Gabungan Rakyat Sabah dengan Juhar sudah selesai kira-kira 3.30 petang tadi.
"Tiga wakil Bebas menyatakan sokongan kepada #GRS. Jadi ada 41 kerusi bentuk Kerajaan Negeri ini. (Presiden Parti Warisan Sabah) DS Shafie dan lain-lain cuma ada 32. Kita yang bentuk kerajaan. TYT (Juhar) dijangka buat keputusan tentang Ketua Menteri esok," katanya lagi.
Jam 2.30 ptg tadi DS Bung wakili Umno/Bn sudah mengadap TYT bersama D Hajiji, D Jeffrey & D Jahid 3 wakil Bebas nyatakan sokongan kpd #GRS. Jadi ada 41 kerusi bentuk Kerajaan Negeri ini. DS Shafie dll cuma ada 32. Kita yg bentuk Kjaan TYT dijangka buat keputusan ttg CM esok
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) September 27, 2020
Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jamid telah memasuki Istana Negeri.
Bagaimanapun beberapa media melaporkan bahawa Juhar telah meminta sedikit masa lagi sebelum menentukan siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri seterusnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#Tun Juhar Mahiruddin
#PBS
#Barisan Nasional
#Ketua Menteri
#Parlimen
#kerajaan
#presiden
#rakyat
#menteri
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan