KOTA KINABALU: Universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi (IPT) berperanan penting dalam menangani isu pengangguran tinggi di Sabah dengan menyediakan pelbagai program yang memenuhi pasaran pekerjaan.
Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Shahril Yusof berkata UMS berperanan melahirkan siswazah berkemahiran dan mempunyai daya keusahawanan tinggi agar mereka diterima dalam pelbagai bidang.
"UMS juga memainkan peranan untuk menggalakkan minat siswazah dalam sektor pertanian kerana kita tahu bahawa sektor ini penting kepada negara dari segi keterjaminan makanan, melalui fakulti UMS yang terletak di Sandakan," katanya kepada Bernama.
Isnin lepas, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dilaporkan berkata bahawa Sabah mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu 169,800 orang atau 29 peratus daripada 588,700 jumlah penganggur di seluruh negara.
Shahril berkata definisi pekerjaan kini sangat luas dan tidak terhad kepada bekerja di pejabat yang mempunyai majikan semata-mata, malah konsep pekerjaan itu merangkumi aspek keusahawanan.
Justeru, katanya UMS mewajibkan mahasiswa mengambil subjek keusahawanan bagi melatih dan memberi pendedahan mengenai cara-cara memulakan perniagaan, di samping meraih input baharu daripada pensyarah tentang kaedah dan platform yang sesuai digunakan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian.
Beliau berkata keusahawanan merupakan sektor pekerjaan terbuka yang boleh diceburi sesiapa sahaja, selain berkait rapat dengan kemajuan teknologi yang sangat membantu dalam memajukan perniagaan terutama secara dalam talian.
"Ia secara tidak langsung membolehkan masyarakat memulakan perniagaan dengan modal yang rendah, sekali gus mampu menjana pendapatan daripada rumah.
"Kita juga harus berpandangan luas, peluang pekerjaan bukan hanya terhad di Sabah sahaja. Sekarang, e-dagang semakin maju, kita boleh bekerja dan berniaga di sini tetapi pasaran ada di serata dunia," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Pengurusan Sumber Manusia Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Mohd Hanif Zakhilan berkata KTYS bersama Yayasan Sabah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan rakan-rakan industri yang lain telah merancang dan menggerakkan kursus jangka pendek kepada pelajar kolej berkenaan.
Beliau berkata selain mengikuti kursus pengajian sedia ada, kursus jangka pendek tersebut memberi pendedahan kepada pelajar supaya mereka mudah mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan yang mampu menyediakan peluang kerja.
"Tidak dinafikan antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah itu ialah rentetan daripada pandemik COVID-19 yang melemahkan sektor ekonomi yang amat terkesan dalam situasi ini dan kini sedang dalam mode pemulihan pascapandemik.
"Situasi ini secara tidak langsung mengurangkan peluang pekerjaan yang wujud sebelum ini, akibat majikan tidak mampu untuk menggaji pekerja untuk perniagaan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
UMS berperanan melahirkan siswazah berkemahiran dan mempunyai daya keusahawanan tinggi agar mereka diterima dalam pelbagai bidang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
Isu UM: Latar belakang penceramah jemputan perlu diselidik - Mustapha Sakmud
Mustapha berkata Kementerian Pendidikan Tinggi tidak menetapkan sebarang kekangan untuk mengadakan forum atau ceramah di IPT.
Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa: MAIWP peruntuk lebih RM1.6 juta bantu penuntut IPT
Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang.
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Bantuan diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR
Sejumlah 4,274 murid sekolah dan pelajar IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR.
IPT main peranan penting dalam membangunkan masyarakat dan negara - Zambry
Zambry menjelaskan, disebabkan peranan tersebut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memastikan dasar pendidikan negara berjaya dilaksanakan.
Cadangan graduan asing bekerja: 'Penyelesaian jangka pendek tangani isu tenaga mahir' - Tengku Zafrul
Cadangan untuk membenarkan graduan asingbekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.
Politeknik Besut bangunkan Pusat Teknologi Kraf Warisan tahun ini
Politeknik Besut merupakan satu-satunya institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang menawarkan pengajian berkaitan batik.
Melaka galakkan penyertaan IPT, UiTM tingkat imej pelancongan
Ia selaras dengan usaha merancakkan promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dalam menggamit kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu.
PM mahu universiti diberi lebih ruang hasilkan idea baharu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kepimpinan di institusi pengajian tinggi (IPT) diberi ruang dan kelonggaran untuk mewujudkan idea-idea baharu dalam bidang pendidikan negara.
KPT bincang dengan IPT, selesaikan masalah kediaman pelajar - Zambry
KPT akan berbincang dengan pihak IPT bagi mengenal pasti universiti yang memerlukan penyelesaian berkaitan masalah kediaman pelajar.