awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah suai Rumah Keluarga Malaysia ATM beri keselesaan kepada anggota, keluarga

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/02/2022
12:31 MYT
Ubah suai Rumah Keluarga Malaysia ATM beri keselesaan kepada anggota, keluarga
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia membabitkan pengubahsuaian dua unit rumah digabungkan menjadi sebuah rumah dengan keluasan 1,700 kaki persegi. - Gambar/ Bernama
BUTTERWORTH: Sebanyak 60 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) di sini, telah siap diubah suai demi memberi keselesaan kepada anggota dan ahli keluarga mereka.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ia membabitkan pengubahsuaian dua unit rumah digabungkan menjadi sebuah rumah dengan keluasan 1,700 kaki persegi.
Katanya, secara keseluruhan, projek membabitkan perumahan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pulau Pinang itu membabitkan 288 unit yang akan digabungkan menjadi 144 unit.
"Projek ini sedang dilaksanakan di mana 60 unit kini telah siap menerusi tiga fasa pembinaan.
"Usaha naik taraf RKMAT perlu dilakukan memandangkan keluasan RKMAT sedia ada iaitu 850 kaki persegi sudah tidak lagi menepati kelayakan semasa iaitu 1,100 kaki.
"Keadaan rumah yang lebih selesa diharap menaikkan semangat anggota TUDM untuk memberikan khidmat terbaik dalam pasukanm," katanya.
Ujarnya, fasa empat projek itu di negeri ini bakal dimulakan dalam masa terdekat yang akan melibatkan 168 unit lagi rumah yang akan digabungkan menjadi 84 unit.
Hishamuddin berkata demikian pada Majlis Pengenalan Pesawat AW 139 di No 3 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth (PUB), di sini, pada Khamis.
Beliau turut meninjau unit RKMAT berhampiran PUB yang sudah selesai dinaik taraf.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#RKMAT
#Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan