Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menuntut Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan presidennya Datuk Azwanddin Hamzah membuat permohonan maaf selain memohon ganti rugi sebanyak RM30 juta, atau jika tidak bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkannya dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.
Surat itu menyatakan bahawa ucapan tersebut mengandungi kata-kata fitnah yang ditutur dan/ atau diterbitkan oleh Azwanddin mengenai Kok yang mengikut pengertian biasa dan makna semula jadi difahamkan bermaksud antara lain bahawa anak guamnya bersifat rasis, telah menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri dan bertindak secara tidak adil, tidak jujur dan tidak beretika sebagai seorang menteri.
"Oleh itu, kami diarahkan untuk menuntut daripada anda, yang kami lakukan dengan ini, menarik balik dengan segera ucapan dan kata-kata yang dipertikaikan itu dan mengugur dan menarik balik semua komen yang berbaur fitnah dengan serta-merta dengan memohon maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh kami sebagai peguamcara, dan disiarkan dalam akhbar atau media pilihan anak guam kami dan jaminan oleh kamu untuk tidak mengulangi dakwaan dan komen yang sama," kata kenyataan pada Rabu itu.
Surat itu menyatakan bahawa Kok telah mengarahkan firma guaman tersebut untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar.
Surat itu menyatakan jika firma guaman tidak menerima jawapan yang memuaskan dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini, anak guamnya telah mengarahkan firma guaman tersebut untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap JMM dan Azwanddin.
Ia menyatakan kata-kata yang terkandung dalam ucapan terhadap Kok merupakan fitnah bertulis dan/atau fitnah lisan terhadapnya yang sangat berat dan telah menyebabkan anak guamnya mengalami kesengsaraan dan malu dan mencemarkan reputasinya dan bahawa komen itu adalah palsu, berniat jahat serta serangan terhadapnya adalah tidak wajar sama sekali.
Surat itu juga menyatakan bahawa kata-kata yang diucapkan dan diterbitkan adalah tidak benar sama sekali, menyusahkan, alasan yang didapati salah, cuai yang melampau, terdesak dan bertujuan untuk merosakkan nama baik Kok dari kaca mata umum, baik di dalam negara dana antarabangsa dan mendedahkannya kepada kemeluatan, cemuhan dan kebencian masyarakat.
Surat itu menyatakan bahawa kata-kata itu juga telah dirancang terlebih dahulu untuk mencemarkan, memfitnah dan merosakkan nama baik dan keperibadian Kok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 26 2018
Kok (gambar) telah mengarahkan firma guaman tersebut untuk menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripada Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mahkamah Tinggi keluar waran tangkap Azwanddin
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan JJM, Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailka
Azwanddin mengaku tidak bersalah beri ucapan berhubung Peristiwa 13 Mei
Azwanddin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Normaizan Rahim.
Presiden JMM didakwa ugut pegawai polis, aibkan individu
Datuk Azwanddin Hamzah mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya masing-masing di hadapan Majistret.
Teresa Kok saman Azwanddin berhubung ucapan berbaur fitnah
Kok berkata, pada satu perhimpunan di Klang, Azwanddin telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan.
Presiden NGO direman empat hari, kes kenyataan berunsur ugutan
Perintah tahanan reman berkenaan dikeluarkan Majistret Nik Nur Amalina Mat Zaidan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Ucapan berbaur fitnah: Teresa Kok tuntut ganti rugi RM30 juta daripada JMM, Azwanddin
Kok telah mengarahkan firma guaman itu menuntut ganti rugi sebanyak RM30 juta daripasda Azwanddin dan JMM kerana menyebabkan reputasi Kok tercemar.
Azwanddin ditahan polis
Azwandin ditahan pada jam 2.40 petang Rabu ekoran kenyataan berbaur ugutan yang dibuatnya ketika berucap di perhimpunan aman anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Klang.
Kursus BM untuk MP martabat bahasa kebangsaan
Usaha ini yang bakal bermula Januari depan dilihat sebagai langkah yang baik untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.
Persidangan anjuran Freemason di Pulau Pinang dihentikan serta-merta
Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan.