PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa ucapan Khairy Jamaluddin semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008 merujuk kepada gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya itu dan tidak mempunyai kaitan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Khairy, berkata ucapan itu mengandungi jenaka kiasan bagi menyampaikan mesej bahawa kerjasama antara parti pembangkang hanyalah satu perkahwinan untuk kesenangan atau kahwin mutaah.
"Berkali-kali perayu (Khairy) merujuk kepada fakta bahawa beliau tidak memaksudkan sebarang perlakuan homoseksualiti atau seksual seperti yang didakwa oleh Anwar.
"Anak guam saya bercakap tentang parti politik. Anda tidak boleh meliwat parti politik, itu adalah satu tindakan yang mustahil. Ia dinyatakan dalam bentuk ayat kiasan," hujah Muhammad Shafee melalui telesidang dari New York, Amerika Syarikat dalam prosiding rayuan Khairy terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman fitnah yang dikemukakan Anwar
Pada 25 Okt lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhammad Shafee yang berdepan pertuduhan pengubahan wang haram dan mengemukakan penyata cukai tidak betul, untuk memperoleh pelepasan sementara bagi pasportnya yang disita bagi membolehkan beliau berlepas ke New York untuk menguruskan anak lelakinya yang melanjutkan pengajian.
Beliau juga berhujah Khairy bercakap mengenai gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP semata-mata bagi tujuan menghadapi pilihan raya.
"Beliau membandingkan gabungan atau kerjasama itu dengan perkahwinan untuk kesenangan atau kahwin kontrak yang pada asasnya tidak bertujuan untuk kekal dan hanya dilakukan demi mencapai tujuan tertentu dalam jangka pendek.
"Konteks kata-kata ini diucapkan pada dasarnya ialah perihal parti politik pembangkang yang bersatu namun tidak terus kekal bersama manakala Barisan Nasional dan parti komponennya kekal bersama.
"Anak guam saya bercakap dari segi kahwin mutaah yang serupa dengan perkahwinan sementara atau kontrak dan dikaitkan dengan parti pembangkang serta cara mereka bertindak," katanya.
Prosiding itu, yang berlangsung secara maya di hadapan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Ghazali Cha, bersambung pada 17 Jan tahun lepas.
Anwar, yang juga Presiden PKR, menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Feb tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di portal berita.
Pada September 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan membenarkan saman Anwar terhadap Khairy dan memerintahkan beliau membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am kepada Anwar.
Hakim itu turut menolak permohonan Khairy untuk meminda penyataan pembelaannya bagi menyatakan bahawa kenyataan beliau adalah komen yang wajar.
Khairy kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi namun pada Februari 2018, Mahkamah Rayuan membatalkannya selepas membenarkan permohonan Anwar.
Pada 15 Dis tahun lepas, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy agar merit kes itu didengar sepenuhnya di Mahkamah Rayuan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Shafee juga berhujah Khairy bercakap mengenai gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP semata-mata bagi tujuan menghadapi pilihan raya. - Gambar fail
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.