awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM bangunkan teknologi mesin pengimbas mini bagi struktur dalaman, kualiti durian eksport
Kerajaan pandang serius lirik lagu tidak senonoh, bercanggah nilai akhlak dan adab
Zakat MAINPP hampir capai sasaran kutipan zakat RM200 juta pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
26/02/2021
09:35 MYT
Uggah tidak terima suntikan vaksin atas faktor kesihatan - Pengarah JKNS
Bagaimanapun kata Dr Chin, pihaknya menentukan temu janji baharu untuk Uggah disuntik vaksin pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. FOTO: Astro AWANI
KUCHING: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak menerima suntikan vaksin hari ini.
Perkara itu disahkan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing ketika ditemui selepas program vaksinasi di Klinik Kesihatan Petra Jaya (KKPJ) di Kuching, pada Jumaat.
Menurutnya, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu dinasihatkan untuk tidak mengambil vaksin atas faktor kesihatan.
Bagaimanapun kata Dr Chin, pihaknya menentukan temu janji baharu untuk Uggah disuntik vaksin pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
“Kemungkinan besar beliau akan menerima vaksin pada minggu hadapan di hospital," katanya.
Uggah sebelum itu hadir bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di KKPJ untuk menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNtech.
Turut menerima suntikan vaksin ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Dr Chin sendiri.
Mereka antara kumpulan pertama yang diberi suntikan vaksin di Kuching.
Selain itu turut menerima suntikan vaksin pada hari ini ialah Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang di Klinik Kesihatan Kota Samarahan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris di Klinik Kesihatan Simunjan.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#suntikan vaksin di Sarawak
#Program Imunisasi COVID-19 Sarawak
#Douglas Uggah Embas
#Chin Zin Hing
#Vaksin Pfizer BioNTech
#COVID-19 di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan