awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ugut peguam di Facebook, pengawal keselamatan direman empat hari

Hilmi Malik
Hilmi Malik
17/08/2019
12:15 MYT
Ugut peguam di Facebook, pengawal keselamatan direman empat hari
Ugut peguam di Facebook, pengawal keselematan direman empat hari.
Pihak polis telah menahan seorang individu setelah menerima aduan oleh seorang peguam yang mendakwa pihaknya menerima ugutan di Facebook berhubung kenyataannya terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataannya pada Sabtu berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan di sebuah Pangsapuri Bandar Sri Damansara.
“Laporan telah dibuat peguam tersebut pada 15 Ogos selepas menerima ugutan berkaitan kenyataannya di dalam Facebook berhubung isu penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.
“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 20 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu peguam berkenaan dikatakan menerima ugutan menerusi laman sosial Facebook miliknya sebaik sahaja mencadangkan status penduduk tetap (PR) terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dibatalkan.
Difahamkan, Dr Zakir Naik menerusi ceramahnya telah membuat satu kenyataan berunsur perkauman yang mampu menimbulkan isu ketegangan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam kenyataan sama, Roslan turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan serta membuat sebarang kenyataan sensitif di laman sosial yang mampu menggugat keharmonian negara.
Topic Berkaitan
#Dr Zakir Naik
#PDRM
#Ugut Peguam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan