awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour

Sinar Harian
Sinar Harian
23/03/2023
23:45 MYT
UIAM penganjur lokasi perdana World #QuranHour
Mir Azrul (lima, kanan) bersama petugas di Bahagian Perhubungan Alumni UIAM yang membantu menjayakan program World #QuranHour. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjadi rakan strategik bagi penganjuran lokasi perdana World #QuranHour yang diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak pada 13 April ini.
Pengarah Bahagian Perhubungan Alumni UIAM, Mir Azrul Shaharudin berkata, pihaknya sebagai tuan rumah untuk World #QuranHour sejak tahun 2016 mengalu-alukan kerjasama penganjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Nu Ideaktiv, penerbit bagi penyiar rasmi Astro Oasis untuk menjayakan program berinteraksi dengan al-Quran pada tahun ini.
“UIAM tidak menjadi hos World #QuranHour selama tiga tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang pandemik COVID-19 bermula tahun 2020 hingga 2022. Memang kami rindukan suasana program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.
“Kelmarin, UIAM telah berbincang bersama WUIF dan Nu Ideaktiv Oasis dalam Mesyuarat Penyelarasan World #QuranHour. Melalui jemputan pihak UIAM, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah perkenan untuk berangkat ke program World #QuranHour,” katanya.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Perunding WUIF, Maslinda Md Esak dan Penerbit Penyelaras Nu Ideaktiv, Zulkifli Nordin.
Tambah Mir Azrul, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan mantan Presiden Kedua UIAM turut diharap dapat hadir sama.
“Bahagian Perhubungan Alumni UIAM juga sedang mengusahakan untuk memanjangkan jemputan program itu dalam kalangan alumni di seluruh dunia dan kami mempunyai lebih 115,000 alumni di 125 negara termasuk dari Bosnia, Turkiye, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat," ujarnya.
Orang ramai yang ingin menjadi peserta World #QuranHour, boleh mendaftar di https://bit.ly/KEHADIRANWQH1444H2023 manakala penganjur di https://bit.ly/HOTSPOTWQH2023. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#World QuranHour
#UIAM
#Mir Azrul Shaharudin
#alumni UIAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan