awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Putin kecam serangan ke atas Iran sebagai "pencerobohan tanpa provokasi" dan tiada justifikasi
DUNIA
Iran lapor serangan baharu Israel ke atas kemudahan nuklear Fordow
MALAYSIA
Tiada berita mengenai lanjutan tempoh perkhidmatan, kata Tengku Maimun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

UiTM kecam tindakan hina Agong

Bernama
Bernama
23/06/2025
09:24 MYT
UiTM kecam tindakan hina Agong
Pihak UiTM, menurut Shahrin, tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pelanggaran prinsip hormat-menghormati, khususnya membabitkan institusi raja, agama, bangsa dan kepimpinan negara. - Gambar fail
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengecam tindakan seorang petugas dipercayai membuat hantaran melalui media sosial yang berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Naib Canselor UiTM Prof Datuk Shahrin Sahib@Sahibuddin berkata pihaknya dimaklumkan individu yang sama ketika ini turut disiasat polis kerana didakwa menggunakan kata-kata kesat terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mempertikai pelantikan Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
"Pihak universiti (UiTM) tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk pelanggaran prinsip hormat-menghormati, khususnya membabitkan institusi raja, agama, bangsa dan kepimpinan negara.
"UiTM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk memastikan siasatan dijalankan secara telus dan berlandaskan undang-undang," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Shahrin berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pelanggaran etika, disiplin serta perundangan dalam kalangan warga kerja kampus dan menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk dikenakan tindakan sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, Shahrin mengingatkan kepada warga universiti agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial, mematuhi undang-undang negara serta memelihara keharmonian masyarakat dan imej universiti.
"Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berteraskan nilai integriti, profesionalisme dan patriotisme, UiTM bertekad mempertahankan maruah universiti serta tidak berkompromi terhadap mana-mana tindakan yang mencemarkan nama baik universiti, institusi raja mahupun negara," katanya.
Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang dilaporkan membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Ibrahim baru-baru ini.
Polis telah menerima 10 laporan mengenai tindakan suspek dan telah menahan reman lelaki berkenaan selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah kendalian Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UiTM
#media sosial
#hina Agong
#kata kesat
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami