Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyasarkan kutipan dana wakaf sekurang-kurangnya RM50 juta dikumpulkan tahun ini sebagai sumber kewangan baharu institusi itu untuk pembangunan pendidikan, penyelidikan dan infrastruktur.
Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata sasaran kutipan itu, yang bermula awal tahun ini, dilihat mampu dicapai sekiranya 183,200 warga UiTM termasuk penuntut dapat berganding bahu dengan memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing.
"Setakat dua bulan ini sahaja, kita dapat kumpul RM500,000 dan kita turut menyasarkan kutipan dana wakaf ini sehingga RM1 bilion dalam tempoh lapan tahun lagi. Ia tidak mustahil dicapai sekiranya terus mendapat sokongan daripada semua pihak.
"UiTM juga amat menggalakkan 680,000 alumni dapat sama menyumbang kepada dana wakaf berkenaan yang kita agresifkan mulai tahun ini untuk memperkasa sosioekonomi warga universiti selain mengurangkan kebergantungan kepada kewangan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya usaha kutipan dana wakaf itu dimulakan di kampus UiTM di Selangor sebelum diperluas ke cawangannya di negeri-negeri lain.
Dalam pada itu, beliau menggalakkan anggota keluarga warga UiTM dan orang ramai yang ingin berwakaf untuk menyalurkan sumbangan mengikut kemampuan kepada institusi itu melalui sistem 'e-wakaf' secara dalam talian.
Terdahulu, Hassan menandatangani perjanjian usaha sama (MoA) di antara UiTM dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Abu Bakar Yang sebagai pemegang amanah untuk menyempurnakan hasrat pewakaf.
Majlis itu disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Tan Sri Ahmed Zaidee Laidin.
Abu Bakar berkata UiTM merupakan universiti awam kedua, selepas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang memeterai MoA bagi menyemarakkan syiar Islam.
"MoA ini adalah bagi merealisasikan tujuan wakaf ilmu UiTM iaitu wakaf khas seperti membina kompleks Pusat Islam Kampus UiTM Puncak Alam dan juga wakaf am, yang merangkumi keperluan pembelajaran dan lain-lain," katanya.
Sebanyak 12 institusi pengajian tinggi lain di Selangor juga dijangka memulakan kutipan dana wakaf ilmu itu dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
DR HASSAN: UiTM menyasarkan kutipan dana wakaf sekurang-kurangnya RM50 juta tahun ini untuk pembangunan pendidikan, penyelidikan dan infrastruktur. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
10 syarikat swasta bersetuju bantu kerajaan perkasakan TVET - Sivakumar
Sebanyak 10 syarikat swasta terbesar akan memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan kerajaan dalam masa terdekat sebagai permulaan ke arah usaha memperkasakan TVET.
Kerajaan sasar penghasilan beras tempatan kepada 75 peratus - Ronald Kiandee
Ronald berkata, dasar sedia ada ialah 70 peratus penghasilan beras tempatan, manakala bagi 30 peratus lagi diimport dari luar.
Atlet negara perlu dilindungi insurans perubatan - MOA
Karu Selvaratnam berkata tidak ramai bekas atlet kebangsaan, termasuk yang pernah mewakili negara dalam sukan Olimpik, dapat hidup dengan selesa selepas bersara.
PKPB: MKN gariskan SOP bagi operasi sektor pertanian, industri asas tani
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.
Bekalan barangan keperluan cukup sepanjang Ramadan - Ismail Sabri
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan makanan harian di negara ini mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan.
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
Perintah Kawalan Pergerakan: Adakah pintu masuk negara masih beroperasi? MOA jawab
Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin, pelbagai persoalan yang timbul ditujukan pada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).
Perintah Kawalan Pergerakan: Pasar malam, pasar tani boleh dibuka?
Berikut senarai soalan lazim yang ditanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada Rabu (18 Mac).
Salahuddin Ayub mohon maaf kepada petani, penternak dan nelayan
Beliau berkata telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib mereka.
MOA bantu petani terjejas akibat kemarau di Melaka dan Kedah
Data atau maklumat tepat berkaitan jumlah mereka yang terjejas akan dikumpul dan melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan.