awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman

Bernama
Bernama
09/03/2025
22:15 MYT
UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Lebih 50 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang yang terjejas akibat tanah runtuh di kawasan kediaman mereka di Taman Desa Mas, November lepas, akan ditempatkan di kolej kediaman kampus semester depan.
KOTA BHARU: Lebih 50 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang yang terjejas akibat tanah runtuh di kawasan kediaman mereka di Taman Desa Mas, November lepas, akan ditempatkan di kolej kediaman kampus semester depan.
Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya dan pihaknya sedang menunggu tindakan kerajaan negeri.
"Kawasan berkenaan belum dibersihkan sepenuhnya, jadi kita tidak galakkan pelajar menyewa di lokasi itu malah semua penuntut terbabit akan ditempatkan di kolej kediaman memandangkan pada semester depan, hanya 500 pelajar bagi pengambilan baharu selain kita mempunyai kapasiti mencukupi bagi tujuan tersebut," katanya.,
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Mahabbah Kasih Ramadan UiTM Cawangan Kelantan bersama Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) dan Rumah Kelantan Tiang 12, di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berkenan menyempurnakan majlis.
Mohd Afandi berkata, isu berkenaan juga akan dibincangkan dengan pihak berkuasa tempatan dalam satu pertemuan minggu hadapan khususnya berhubung kerja-kerja penyelengaraan sisa tanah.
Dalam pada itu, beliau berkata program hari ini bertujuan untuk berkongsi rezeki dengan golongan asnaf dan anak yatim yang menerima sumbangan wang dan barangan keperluan asas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UiTM Machang
#tanah runtuh
#mahasiswa
#kolej kediaman kampus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan