awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM tubuh pasukan petugas khas kaji semula penggabungan tiga fakulti

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
06/01/2023
22:30 MYT
UiTM tubuh pasukan petugas khas kaji semula penggabungan tiga fakulti
UiTM memaklumkan, proses penelitian semula dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan, oleh itu, pengoperasian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media berjalan seperti biasa sehingga satu ketetapan baharu dibuat.
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) membentuk sebuah pasukan petugas khas bagi meneliti semula penstrukturan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media di universiti tersebut.
Keputusan dibuat susulan pertemuan antara Naib Canselor UiTM Prof Dr Roziah Mohd Janor dan Pengurusan Tertinggi, wakil Majlis Profesor UiTM, Penolong Naib Canselor dan Dekan-dekan dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM, dengan wakil Alumni Masscomm UiTM.
Menurut UiTM, dua perkara akan dipertimbangkan hasil daripada perbincangan yang berlangsung pada Khamis di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM, Shah Alam, itu.
"Semasa perbincangan itu, pihak UiTM mempertimbangkan untuk menukar nama Kolej kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik.
"Selain itu, pihak UiTM juga mempertimbangkan melaksanakan penstrukturan semula dua buah fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat.
"Manakala Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Masscom) dikekalkan seperti sebelumnya," kata UiTM dalam satu kenyataan semalam.
Pasukan petugas khas tersebut melibatkan semua pemegang taruh UiTM termasuk alumni, pelajar, ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO), pemain Industri, warga universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.
BACA: UiTM perlu 3-6 bulan batal gabungan FKPM dengan dua fakulti
Sementara itu, UiTM memaklumkan, proses penelitian tersebut dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan.
Oleh itu, pengoperasian dan pengendalian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media berjalan seperti biasa sehingga satu ketetapan baharu dibuat.
Terdahulu, pihak pengurusan UiTM menerima pandangan Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM untuk membatalkan penggabungkan FKPM dengan dua fakulti lain dan bersetuju mengekalkan FKPM sebagai fakulti tunggal.
Perkara itu turut dimaklumkan Presiden Alumni FKPM (Alumni Masscomm UiTM) Basree Rakijan dalam satu kenyataan media semalam.
Pada Oktober lalu, Alumni Masscomm UiTM memulakan siri bantahan terhadap penggabungan tersebut.
Mereka menegaskan, pengajian komunikasi lebih fokus kepada melatih pelajar berfikir secara kritikal serta menulis dengan baik dan tidak memerlukan penggabungan dengan bidang sains komputer dan matematik.
Topic Berkaitan
#UiTM
#pasukan petugas khas
#gabungan FKPM
#Alumni Masscomm UiTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan