awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ujian ASEAN NCAP memberi Mirage 4-bintang

Astro Publication
Astro Publication
13/10/2014
09:42 MYT
Ujian ASEAN NCAP memberi Mirage 4-bintang
ASEAN NCAP atau ASEAN New Car Assessment Program (Program Penilaian Kereta Baru) baru-baru ini telah menganjurkan acara penganugerahan kepada pihak yang berjaya menghasilkan produk yang memberi penekanan kepada keselamatan. Di sinilah di mana Mitsubishi mengumumkan bahawa model segmen A mereka, iaitu Mirage, mendapat markah tertinggi bagi kategori kereta mini untuk perlindungan penumpang dewasa (Adult Occupancy Protection).
Keputusan ini adalah berdasarkan ujian yang telah dijalankan oleh Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menerusi ujian pelanggaran hadapan. Kereta yang diuji melanggar sebuah halangan aluminium pada kelajuan 64km/sj; kemudian kuasa-kuasa yang terlibat diukur oleh sensor-sensor pada kenderaan dan patung yang bertindak sebagai penumpang. Mitsubishi Mirage mendapat markah sebanyak 13.07 (daripada 16.00) untuk mendapat 4 bintang. Keputusan ini turut mencerminkan pemarkahan model sedan Attrage GLS. Mitsubishi Mirage dan Mitsubishi Attrage yang dijual di Malaysia dipasang di kilang Mitsubishi yang terletak di Laem Chabang, Thailand.
PERINCIAN: Kereta yang diuji oleh pihak ASEAN NCAP hanya dijual di Thailand, dan mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding yang dijual di Malaysia oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM).
Seperti yang dapat kita lihat di dalam dokumen rasmi laporan ujian yang dilakukan ke atas model Mirage tersebut (dokumen ada di akhir artikel ini), ia juga jelas mengatakan bahawa kereta Mirage yang mempunyai spesifikasi terbaik adalah yang dijual di Malaysia dan Brunei oleh kerana pemasangan Isofix dan titik tambat di atas (top tether point).
(Ini menjelaskan markah yang rendah bagi COP atau Child Occupant Protection (perlindungan penumpang kanak-kanak. 43% adalah rendah jika dibandingkan dengan banyak pesaing-pesaing Mirage, termasuk Iriz, Axia dan Picanto yang masing-masing mendapat 82%, 71% dan 73% mengikut ujian ASEAN NCAP yang sama. Mirage dan Attrage spesifikasi Malaysia pasti mampu mendapat markah jauh melampaui 43%)
Mengikut protokol pemarkahan NCAP sedunia, kereta yang dipasang dengan sistem kestabilan elektronik (ESC, ESP, ataupun apa-apa nama yang diberikan pengeluar), dan peringatan tali pinggang (seat belt reminder atau SBR) akan terus mendapat markah penuh 5-bintang, asalkan ia mendapat markah yang secukupnya pada ujian perlanggaran.
Oleh kerana Mirage tidak dipasang dengan kedua-dua peralatan tersebut, maka ia memang tidak akan mendapat markah penuh. Mungkinkah model Mirage (dan Attrage) mampu untuk mendapat 5-bintang jika dilengkapi ESC dan SBR?
Mungkin suatu hari nanti Mitsubishi akan mencuba; tetapi secara realisitiknya ini hanya akan berlaku jika penambahan kos yang terlibat tidak akan membatalkan objektif sebenar model ini iaitu sebagai sebuah model segmen A yang ekonomikal bukan sahaja dari segi penggunaan bahan api, tetapi juga kos pemilikan.
Selain itu, menarik juga bila dokumen ini turut menjelaskan bahawa syarikat ini berminat untuk hanya menyediakan dua varian untuk model ini - iaitu gred rendah dan tinggi – menjelang 2014. Adakah ini akan berlaku sebelum 2015 tiba? Yang pasti, model ini yang dijual di Malaysia sudahpun mempunyai spesifikasi yang tertinggi.
(klik untuk imej besar)
Topic Berkaitan
# ASEAN
# Attrage
# malaysia
# mirage
# Mitsubishi
#NCAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan