SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menaja bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya.
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.
"Terdapat juga beberapa bulan kami tidak membuat bayaran tetapi kami telah menggandakan bayaran pada bulan berikutnya untuk menampung bulan yang kami terlepas.
"Secara peribadi saya tidak menyimpan rekod pembayaran itu namun saya tahu David Tan (Pengurus Pentadbiran UKSB dari 2012 hingga 2018) menyimpan lejar mengenai bayaran bulanan itu yang ditunjukkannya kepada saya dari semasa ke semasa," katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob.
Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15 itu mengesahkan bahawa UKSB telah menyerahkan wang tunai secara bulanan berjumlah antara SGD200,000 dan SGD520,000 kepada Ahmad Zahid dari 2014 kepada 2018 berhubung Kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).
Sebelum ini, saksi ketiga pendakwaan iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal imigresen Kementerian Dalam Negeri Siti Jalilah Abd Manap memberitahu mahklamah bahawa Ahmad Zahid telah melanjutkan kontrak UKSB bagi projek VLN meskipun kontrak sedia ada sah untuk tempoh tiga tahun lagi.
Menjelaskan bagaimana sumbangan itu bermula, Lee berkata Ahmad Zahid telah membayangkan bahawa beliau memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan UMNO.
"Wang tunai itu disediakan oleh David Tan. Setelah siap, David Tan akan memberikan sampul mengandungi wang itu dan saya akan menghantarnya. Biasanya, kami bertiga iaitu Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani - pengarah UKSB), David Tan dan saya akan pergi sendiri ke rumah Datuk Seri Zahid namun hanya seorang yang diberikan tanggungjawab menyerahkan wang itu," katanya.
Saksi itu berkata tarikh penghantaran wang itu tidak ditetapkan dan bergantung kepada keselesaan Ahmad Zahid.
Beliau berkata meskipun pembayaran itu dikatakan untuk dana politik, UKSB tidak pernah memasukkannya ke akaun UMNO atau diberikan resit atau perakuan bagi pembayaran tersebut.
Lee juga berkata UKSB tidak akan memberikan wang itu kepada Ahmad Zahid jika beliau tidak memintanya.
Beliau berkata kali pertama bertemu Ahmad Zahid ialah pada Mei 2013 di Hospital Tawakal ketika anak Presiden UMNO itu kemalangan dan dirawat di situ.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menrima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi Menteri Dalam Negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.
Bernama
Wed May 18 2022

Lee berkata Ahmad Zahid telah membayangkan bahawa beliau memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan UMNO. - Gambar/ Bernama

Tenaga Kerja | Beri maklumat sebenar mengenai layanan, fasiliti
20 pengamal media Indonesia daripada pelbagai agensi di bawa melihat sendiri keadaan kehidupan sebahagian warga kerja negara itu di Malaysia yang sering menimbulkan rasa tidak puas hati membabitkan warga kedua-dua negara. Program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada Rabu membawa mereka mengunjungi Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi yang didiami lebih 1,300 warga kerja wanita Indonesia mungkin akan memberikan catatan maklumat sebenar untuk disampaikan.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha pada 10 Julai
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini.
![[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022) [INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975870/thumbnails/8967789641656504253072_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Sorotan statistik ekonomi Malaysia (Siri 6/2022)

Hampir 50,000 kontraktor Melayu 'gulung tikar'
Hampir 50,000 kontraktor Melayu terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor terutama akibat terkesan dengan kenaikan ketara harga bahan binaan sejak 2018.
![[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021 [INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975869/thumbnails/8967789641656503525717_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelancongan domestik Malaysia 2021
![AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1975867/thumbnails/19650021631656502960700_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [29/06/2022] - Hanya libatkan satu syarikat | Teknologi mesra alam sekitar
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hasan #AWANIBorneo 29 Jun 2022: - Bekalan RON95 di Sarawak cukup dan stabil, tidak habis seperti didakwa. - Syarikat Australia berminat melabur untuk bina loji bateri Lithium-Ion di Sarawak. - Penduduk Khazanah Indah bersuara, sampai bila perlu hadap masalah air dan sampah?

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.

Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Kes Siti Bainun: Pegawai polis buat analisis telefon bimbit papar gambar dan video Bella
Beliau mengambil masa lebih tiga jam untuk mengekstrak gambar dan video dalam telefon bimbit itu.

Malaysia, Australia suarakan semula komitmen pertingkat hubungan perdagangan dua hala
Malaysia dan Australia menyatakan semula komitmen masing-masing untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan dua hala.

"Tuduhan Zahid berniat cemarkan reputasi saya" - Tok Pa nafi seleweng dana PRU14 seperti didakwa Presiden UMNO
Tinggalkan UMNO dan sertai Bersatu juga bukan untuk elak disiasat SPRM, tegas Mustapa.

"Pertuduhan terhadap saya bermotif politik" - Ahmad Zahid
Setiap ahli politik sangat memerlukan wang bagi melaksanakan aktiviti politik.

Pendakwaan akan periksa balas Zahid Hamidi esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah mengarahkan pemeriksaan balas bermula esok kerana beliau tidak mahu perbicaraan itu terhalang.

Tun Mahathir minta saya bubar UMNO kerana tiada masa depan - Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Dr Mahathir memintanya membubarkan UMNO kerana parti itu tiada masa depan.

Tiga ahli Parlimen UMNO keluar parti mahu selamatkan diri disiasat SPRM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata ketiga-tiga Ahli Parlimen itu adalah antara ahli UMNO yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU14.

Bukan UMNO pun nak Parlimen bubar - Ahmad Zahid
Itu penegasan Presiden UMNO, Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau hari ini.

'Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15' - Tajuddin
Perdana Menteri ibarat 'umpan' buat Barisan Nasional untuk menghadapi PRU15.

Presiden punya hak mutlak gugur ahli MT UMNO dilantik - Tajuddin
Meskipun akur dengan keputusan Presiden UMNO, namun, timbul tanda tanya mengapa tiada alasan dinyatakan dalam surat penamatan perkhidmatannya.

Dana YAB RM65 juta bukan hasil aktiviti haram - Ahmad Zahid
Dana RM65 juta melalui cek itu adalah hasil sumbangan daripada individu dan badan korporat bagi tujuan amal jariah, kata Ahmad Zahid.

Tajuddin dedah wujud SD Ahli Parlimen UMNO sokong Anwar sebagai Perdana Menteri
Antara Ahli Parlimen UMNO yang tandatangan SD itu ialah Najib Razak, Nazri Aziz, dakwa Tajuddin.