Themed Attractions and Resort Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, menjangka dapat menarik lebih 10,000 pengunjung ke Sanrio Hello Kitty Town di Johor sempena sambutan ulangtahun ke-40 Hello Kitty.
"Syarikat menjangka jumlah pengunjung lebih tinggi dari tahun lepas kerana ia juga merupakan sambutan ulangtahun pertama Hello Kitty di Malaysia," kata Ketua Pegawai Pemasarannya Phillip Whittaker.
Whittaker berkata demikian pada taklimat media untuk mengumumkan sambutan ulangtahun ke-40 Hello Kitty, di sini hari ini.
Sambutan tiga hari itu, yang bermula pada 31 Okt hingga 2 Nov, 2014 akan diisi dengan karnival yang penuh aktiviti untuk peminat Hello Kitty.
Duta Hello Kitty bagi Malaysia, Joyce Tay, berkata Eropah merupakan pasaran runcit untuk produk-produk Hello Kitty terbesar diikuti dengan Asia.
"Jenama Hello Kitty bukan sekadar memberi fokus kepada produk wanita. Ia juga mengeluarkan produk lelaki seperti tali leher dan barang sukan," katanya.
Sementara itu, Themed Attractions and Resort dalam satu kenyataan berkata, majlis Hello Kitty Friends Gathering akan menjadi acara pertama perhimpunan peminat-peminat Hello Kitty yang terbesar di Asia Tenggara.
"Ia dijangka menjadi perhimpunan yang akan memecah rekod kerana beribu peminat Hello Kitty akan berkumpul untuk menjadi perhimpunan yang paling besar di luar Jepun," katanya.
Bernama
Tue Aug 26 2014
Perhimpunan itu akan menjadi yang paling besar di luar Jepun.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
COVID-19: Singapore Airlines bakal perkenal penerbangan 'tanpa hala tuju'
Penerbangan itu akan berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Changi serta mengambil masa selama tiga jam.
Selepas 60 tahun, akhirnya bos Hello Kitty serah jawatan kepada cucu
Shintaro Tsuji, yang akan bersara pada 1 Julai, mengumumkan akan serah jawatan itu kepada cucunya, Tomokuni Tsuji.
Alami kerugian besar, Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal tutup
Taman tema yang menelan belanja sehingga RM110 juta yang mula dibuka pada tahun 2012 itu, mengalami kerugian besar kerana masalah penjualan tiket.
Banteras ilmu sihir, novel Harry Potter antara yang dibakar paderi Poland
Dalam upacara tersebut, sebakul buku-buku yang dikatakan menyebarkan ilmu sihir dibawa keluar dari gereja untuk dibakar dan salah satunya merupakan novel Harry Potter.
Gemarkan Hello Kitty? Anda patut datang ke pameran ini!
Yeayy Hello Kitty in the house!
Giliran Nasi Lemak Hello Kitty pula tular
Selepas Nasi Lemak Pondan dan Nasi Lemak Gay kecoh diperkatakan netizen, tiba pula giliran Nasi Lemak Hello Kitty mencuri perhatian.
Hello Kitty bukan seekor kucing
Pendedahan dibuat pencipta Hello Kitty mengejutkan peminat. Namun mereka tidak peduli dengan apa yang didedahkan. Mereka tetap sayangkan Hello Kitty.
Ulangtahun ke-40 Hello Kitty dijangka tarik lebih 10,000 pengunjung
Sambutan tiga hari itu, yang bermula pada 31 Okt hingga 2 Nov, 2014 akan diisi dengan karnival yang penuh aktiviti untuk peminat Hello Kitty.