awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular gergasi 8 meter berjaya ditangkap pihak bomba

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2014
00:25 MYT
Ular gergasi 8 meter berjaya ditangkap pihak bomba
Ular sawa gergasi yang berjaya ditangkap oleh pasukan bomba dari Balai Merlimau.
Sepasukan pihak bomba dari Balai Merlimau bergegas ke Kampung Paya Dalam untuk menangkap seekor ular sawa sebesar batang pokok kelapa kira kira jam 7.30 malam pada hari Jumaat.
Ular yang berukuran 8 meter panjang dan beratnya 120 kilogram itu berjaya di tangkap oleh 3 anggota bomba yang datang sejurus mendapat panggilan dari penduduk Kampung Paya Dalam, Umbai.
Menurut Ketua Operasi Yahya Ahmad, ular tersebut keluar dari kawasan hutan dan melalui ladang getang disebabkan kawasan hutan terbabit mengalami kebakaran sejak dua bulan lalu akibat kemarau.
Dimaklumkan seorang penduduk melalui kawasan itu terserempak dengan ular sawa yang bergerak ingin memasuki kawasan kampung tersebut namun penduduk terbabit segera menghubungi pihak bomba.
“Difahamkan ular itu keluar dari hutan akibat kebakaran dikawasan itu jadi penduduk kampung terus menghubungi pihak bomba,” kata Yahya.
Tambahnya lagi ketika anggota bomba sampai ke lokasi ular terbabit masih berada di situ dalam keadaan lemah kerana kemungkinan ular tersebut sedang mencari mangsa.
Menurutnya pihak bomba mengambil masa hampir satu jam untuk menangkap ular tersebut dengan mengunakan tali penjerut sebelum membawa ular itu ke Balai Bomba Merlimau.
Pihaknya akan menyerahkan ular itu kepada pihak Jabatan Perhilitan Melaka esok setelah pihak bomba menghubungi Zoo Melaka yang enggan menerima ular tersebut.
Topic Berkaitan
#bomba
#Kampung Paya Dalam
#Merlimai
#ular sawa gergasi
#Yahya Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan