awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sawa batik jatuh dari siling rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/09/2024
07:00 MYT
Ular sawa batik jatuh dari siling rumah
Ular sawa yang jatuh dari siling rumah seorang penduduk di Batu Kikir, Kuala Pilah, masuk ke dalam tandas sebelum ditangkap anggota APM. - Gambar/ APM
KUALA PILAH: Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Pilah, Leftenan Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.50 pagi sebelum tiga anggota bersama seorang pegawai ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, anggota dimaklumkan terdapat seekor ular berada di dalam bilik air.
"Salah seorang penghuni rumah lelaki warga emas berusia 70 tahun, sempat menghalau ular itu masuk ke dalam bilik air lalu mengurungnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Ujarnya, operasi diketuai oleh Leftenan (PA) Mila Hirmah Tahiruddin bersama tiga lagi anggota APM berjaya menangkap ular berkenaan.
"Ular itu dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,"katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ular sawa
#siling rumah
#Kuala Pilah
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan