awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing

Bernama
Bernama
25/04/2023
07:20 MYT
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Ular sawa berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah Mersing untuk tindakan lanjut. - Gambar/ APM
MERSING: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Mersing dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 12.15 tengah malam (24 April) daripada pekerja sebuah chalet di Air Papan, di sini.
Menurut APM, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati seekor ular sepanjang enam meter sedang membelit seutas tali di kawasan chalet berkenaan.
"Ular itu berjaya ditangkap oleh lima orang anggota bertugas dan kemudiannya dibawa ke PKOD untuk simpanan sementara.
"Ular berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) daerah Mersing hari ini untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ular sawa
#Mersing
#APM
#chalet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan