awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sawa telan anak kambing

Sinar Harian
Sinar Harian
15/07/2021
22:35 MYT
Ular sawa telan anak kambing
Anggota bomba berjaya menangkap ular sawa sepanjang hampir empat meter yang didapati kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing di Kampung Suasa, Beaufort. - Foto Sinar Harian
BEAUFORT: Seekor ular sawa sepanjang hampir empat meter yang kekenyangan selepas menelan seekor anak kambing berjaya ditangkap di Kampung Suasa pada Khamis.
Ular dengan berat kira-kira 25 kilogram itu ditemui di dalam kandang kambing pada jam 12.30 tengah hari selepas pemilik kambing menyedari kehadiran haiwan terbabit.
Susulan kejadian itu, pemilik terbabit bertindak menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mendapatkan bantuan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort dikejar ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seekor ular sawa berada di dalam sebuah kandang kambing.
"Hasil pemeriksaan mendapati ular itu telah menelan seekor anak kambing," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Katanya, pasukan bomba mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular itu dengan menggunakan peralatan khas.
"Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini dan operasi ditamatkan pada jam 1.23 petang," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Ular sawa telan anak kambing
Topic Berkaitan
#ular sawa
#kambing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan