awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik

Bernama
Bernama
13/03/2025
13:45 MYT
Ular sebabkan gangguan bekalan elektrik
SESCO mengesahkan bahawa reptilia itu telah ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah. - Gambar ihsan Sarawak Energy
KUCHING: Seekor ular telah menyebabkan gangguan bekalan elektrik selama dua jam yang menjejaskan kawasan Batu Kawa dan MJC di sini pada Selasa (11 Mac), menurut kenyataan Sarawak Energy Berhad hari ini.
Menurut kenyataan itu cawangan operasinya, Syarikat SESCO Berhad (SESCO) mengesahkan bahawa reptilia itu telah ditemukan mati selepas berkemungkinan bersentuhan dengan peralatan bekalan elektrik di persimpangan jalan Batu Kawa-Malihah.
"Kejadian itu berlaku pada 8.31 malam ketika hujan lebat di Kuching. Selepas menerima laporan, pasukan teknikal SESCO bertindak segera, berusaha memulihkan bekalan dengan selamat dan cekap walaupun dalam keadaan cuaca buruk," menurut kenyataan itu.
Bekalan elektrik telah dipulihkan secara berperingkat, dengan pemulihan sepenuhnya pada 10.45 malam pada hari yang sama.
Kenyataan itu memaklumkan rangkaian penghantaran dan pengagihan elektrik di Sarawak merentasi pelbagai bentuk muka bumi termasuk hutan, ladang dan kawasan pertanian, yang memberikan cabaran dalam memastikan bekalan elektrik yang stabil.
"Keadaan ini meningkatkan risiko gangguan yang berpunca daripada hidupan liar, yang terus ditangani oleh SESCO melalui langkah-langkah perlindungan infrastruktur yang dipertingkatkan serta penambahbaikan sistem yang berterusan," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh melaporkan gangguan bekalan elektrik atau melihat hidupan liar berhampiran kemudahan Sarawak Energy melalui Pusat Khidmat Pelanggan di 1300-88-3111, e-mel ke [email protected], aplikasi mudah alih SEB cares dan portal web, atau berinteraksi dengan ejen maya mereka, CARINA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#hujan lebat
#bekalan elektrik
#hidupan liar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan