KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia (UM) melaksanakan beberapa langkah bagi membantu pelajarnya menangani masalah berkaitan yuran berikutan Polisi Kutipan Hutang Pelajar yang mula dilaksanakan pada 2021.
Menurut kenyataan UM pihaknya mengambil maklum mengenai beberapa isu yang diketengahkan pelajar khususnya Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) berikutan pelaksanaan polisi itu.
Menurut UM pelaksanaan polisi itu dibuat berdasarkan beberapa ketetapan iaitu bagi pelajar yang berhutang di bawah tajaan, pendaftaran untuk semester berkenaan adalah dibenarkan, namun menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan pihak penaja membuat penyelesaian hutang tersebut.
"Justeru, pelajar di bawah tajaan boleh berhubung secara terus dengan Jabatan Bendahari UM dalam perkara yang melibatkan yuran tajaan dan perihal pendaftaran," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, UM juga mendapati hanya kurang daripada empat peratus pelajar yang berkemungkinan terkesan kerana tidak mengemas kini status penajaan atau mempunyai tajaan/bantuan pendidikan atau benar-benar memerlukan bantuan kewangan.
Menurut kenyataan itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) akan menyelaras sebarang rayuan untuk permohonan bantuan kewangan yang tertakluk kepada kelayakan.
Menurut UM pelajar dalam kategori berkenaan juga dibenarkan mendaftar dan perlu menyelesaikan baki yuran sebelum minggu ketujuh sesi akademik untuk Semester 1 2023/2024.
"Pentadbiran universiti memberi jaminan semua permohonan dan rayuan yang diterima akan disemak serta diproses dengan kadar segera," menurut kenyataan itu.
UM memaklumkan pihak universiti mengalami tren kenaikan penghutang pelajar sebanyak RM51.20 juta pada 30 Jun lepas berbanding RM47.33 juta pada 31 Dis 2022.
"Pihak universiti berkeyakinan bahawa berdasarkan ketetapan itu, pelaksanaan polisi ini tidak akan membebankan pelajar dan mampu membantu usaha menangani isu penghutang pelajar yang dihadapi universiti," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

UM memaklumkan pihak universiti mengalami tren kenaikan penghutang pelajar sebanyak RM51.20 juta pada 30 Jun lepas berbanding RM47.33 juta pada 31 Dis 2022. - Gambar fail/FB UM

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.

MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import
Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini
Tumpuan Khamis - 28 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.

Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM
Bantuan telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go' pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.

Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa YPWLC
Pemilihan Farah adalah selepas kejayaannya muncul sebagai juara di peringkat kebangsaan dalam Materials Lecture Competition (MLC) 2021.

Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok
Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan "UM" boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.

Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset.

UM tangguh pendaftaran pelajar - Timbalan Naib Canselor
Universiti Malaya (UM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Universiti Malaya tahan kerja pelaku kes gangguan seksual pelajar
Pelaku telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib dan dikenakan hukuman berdasarkan Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun.

IPT akan dibuka semula, tunggu menteri KPT umum tarikh - Ismail Sabri
Mesyuarat Khas bersetuju untuk membuka semula semua institusi pengajian tinggi (IPT) kepada pelajar tempatan antarabangsa.

KPM tidak campur tangan isu protes UM
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, berkata KPM menghormati kuasa autonomi universiti dan mempercayai UM mampu mengendalikan isu tersebut.

Wanita maut, kenderaan remuk dihempap pokok dalam hujan lebat di pintu utama UM
Terdapat juga pokok tumbang yang menghempap tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran.