awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Agensi
Agensi
14/06/2018
12:20 MYT
Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini. -Foto ihsan RTM
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 15 Jun 2018," katanya.
Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.
Sementara itu, umat Islam di Indonesia juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok.
Menteri Agama, Lukman Hakim Saifuddin, dalam pengumuman rasmi yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen tempatan, berkata keputusan menetapkan tarikh 1 Syawal 1439H dicapai bersama dengan para ulama dalam persidangan isbat (penentuan hari raya) yang berlangsung petang tadi.
Katanya, persidangan isbat itu disertai semua pemimpin organisasi Islam di Indonesia, termasuk Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama.
Sambutan Aidilfitri adalah perayaan terbesar di Indonesia, di negara yang berpopulasi lebih 260 juta penduduk itu, dengan 85 peratus daripadanya beragama Islam.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Indonesia
#Lukman Hakim Saifuddin
#Malaysia
#Syed Danial Syed Ahmad
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan