awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam perlu hayati sirah nabi dalam kehidupan seharian - Hajiji

Bernama
Bernama
05/09/2025
12:30 MYT
Umat Islam perlu hayati sirah nabi dalam kehidupan seharian - Hajiji
Hajiji berkata tema sambutan kali ini iaitu "Membangun Ummah MADANI" bertepatan dengan hasrat kerajaan membina masyarakat yang seimbang dari aspek spiritual dan material. - Gambar Bernama
SANDAKAN: Umat Islam perlu menghayati sirah Nabi Muhammad SAW menerusi amalan harian untuk muncul sebagai umat yang bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata sambutan Maulidur Rasul bukan sekadar memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, tetapi merupakan manifestasi kecintaan terhadap Baginda serta komitmen untuk menjadikan sunnah dan Islam sebagai panduan membentuk masyarakat madani yang progresif.
"Rasulullah SAW membina masyarakat Madinah berasaskan keimanan, keadilan sosial dan perpaduan antara kaum. Model ini wajar dicontohi dan disesuaikan dengan realiti Sabah yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama," katanya dalam perutusan sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025M di Dewan Masyarakat Sandakan di sini hari ini.
Hajiji berkata tema sambutan kali ini iaitu "Membangun Ummah MADANI" bertepatan dengan hasrat kerajaan membina masyarakat yang seimbang dari aspek spiritual dan material, serta menjunjung nilai-nilai murni Islam dalam konteks kemajuan, kemakmuran dan perpaduan.
Beliau turut mengumumkan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri akan diadakan secara bergilir di bandar-bandar utama Sabah bagi memberi peluang penduduk setempat menyertai perhimpunan bersama pemimpin negeri.
Ketua Menteri itu juga memaklumkan pembinaan Pusat Islam Sandakan yang dicetuskan oleh Tun Musa Aman pada 2017, bukan sahaja bakal menjadi mercu tanda baharu malah mampu mengangkat syiar Islam di bandar kedua terbesar di Sabah itu, yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan dalam sektor pendidikan, pelancongan, perniagaan dan perdagangan.
"Insya-Allah, Sandakan akan terus kita bangunkan selaras dengan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang memfokuskan pembangunan holistik dan inklusif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nabi Muhammad SAW
#pelan pembangunan
#pembangunan holistik
#sektor pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan