awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam perlu pamer nilai murni dan terpuji - Raja Muda Perlis

Bernama
Bernama
18/06/2017
03:15 MYT
Umat Islam perlu pamer nilai murni dan terpuji - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan MAIPs selepas Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah 2017 bertemakan 'Journey To Jannah' di Dewan Tun Sakaran, Kota Kinabalu malam tadi. --fotoBERNAMA
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam sentiasa mempamerkan nilai murni dan terpuji bagi memastikan agama suci itu sentiasa dipandang tinggi oleh penganut agma lain.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah sikap, akhlak dan dan amalan terpuji adalah dakwah yang paling berkesan malah dalam hal tertentu ia lebih baik berbanding perkataan atau kata-kata.
Menurut siaran media MAIPs, baginda bertitah demikian ketika merasmikan majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sabah 2017 bertemakan 'Journey To Jannah' di Dewan Tun Sakaran di sini malam tadi.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Baginda juga menyeru agar masyarakat Islam menyantuni saudara baru dan orang bukan Islam secara berhemah kerana ia merupakan dakwah yang berkesan.
Dalam usaha membawa mesej kepada bukan Islam, Tuanku Syed Faizuddin mahu umat Islam membawa mereka mendekati keindahan Islam ketika era Islamophobia ini.
"Sekalipun mereka tidak menerima Islam tetapi sekurang-kurangnya mereka menghormati, menghargai dan memandang tinggi kepada Islam," titah baginda.
Pada majlis itu baginda yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor turut menyerahkan sumbangan MAIPs berupa dua generator untuk Kampung Silungai dan Kampung Sumatalun Papalungan.
Baginda turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM323,895.40 untuk program pembangunan dakwah HCF yang merupakan sebuah yayasan dakwah, bimbingan dan sokongan saudara baharu yang mempunyai 27 cawangan di seluruh negara.
Sumbangan kewangan itu diterima oleh Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF) Nicholas Sylvester Mohammad Abdullah.
Majlis itu anjuran bersama (HCF), Pertubuhan IKRAM Malaysia dan TH Hotel Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bukan Islam
#dakwah
#Islamophonia
#Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
#Perlis
#Raja Muda
#saudara baru
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan