UMNO perlu menggunakan taktik kontemporari dan terkini dalam usaha mencari sokongan rakyat terutama orang Melayu dalam memastikan keutuhan parti selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 kelak.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, parti juga tidak lagi boleh dilihat berpegang kepada dan percaya dengan taktik mencari sokongan dengan cara yang digunakan sejak zaman dahulu.
"Tidak dapat dinafikan kemajuan teknologi menjadi pemangkin dalam unsur transformasi parti. Sehubungan itu Pergerakan Puteri melihat corak pentadbiran di dalam kepimpinan juga harus digembleng agar tidak berada di takuk lama dan tradisional.
"Strategi menawan pengundi dan rakyat harus diberi nafas baharu sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat untuk bersama UMNO," katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun ke-69 UMNO di sini pada Isnin.
Jelas Mas Ermieyati, sambutan tahun ini merupakan anjakan fasa penyatuan ahli di dalam parti dan menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bersoladiriti seperti yang dilaungkan di hadapan kira-kira 2,752 perwakilan UMNO pada perhimpunan agung tahun lepas.
"Definisi penyatuan harus sentiasa tersemat di dalam setiap ahlinya, dari akar umbi sehingga ke kepimpinan tertinggi, maksudnya harus jelas dengan semangat untuk memastikan keutuhannya.
"Ia menjadi lambang solidariti yang tidak akan tergugat dengan apa juga anasir luar serta gangguan yang cuba memecahbelahkan parti.
"Ia semangat muafakat yang perlu difahami dari asas sehingga pelaksanaan demi memastikan kekuatan solidariti serta sentiasa muhasabah diri yang menjadi ramuan serta resipi rahsia parti untuk terus mengemudi negara," ujarnya.
Mas Ermieyati turut menyedari pelbagai cubaan dan dugaan dalam landskap politik negara hari ini yang mensasarkan untuk melunturkan tahap kepercayaan masyarakat kepada UMNO secara keseluruhannya.
"Namun kita melihat apa juga bentuk rintangan dapat diatasi dengan kematangan fikiran kepimpinan tertinggi parti dalam memastikan perjuangan parti tidak pernah tersasar daripada landasan asal.
"Sambutan Hari UMNO kali ini merupakan signifikan kepada usaha berterusan setiap ahlinya untuk mengukuhkan tunjang utama dalam survival Melayu serta rakyat negara ini secara keseluruhannya," jelasnya.
Dalam pada itu tegasnya, pelapis Puteri UMNO dilihat sentiasa bersedia untuk belajar dan menuntut ilmu daripada tokoh dan ikon parti yang terdahulu.
"Puteri mahu berdiri di barisan hadapan jika parti diganggu, menyerang jika parti diancam selain berada di hati rakyat sebagai pembela sepanjang zaman.
"Ulang tahun UMNO adalah simbolik parti tidak pernah melupakan orang-orang lama yang selama ini menabur jasa serta bakti dalam usaha mengangkat parti sehingga berada di tahap ini.
"Mungkin ada yang sudah pergi meninggalkan kita, namun semangat dan inspirasi tetap tersemat dan menjadi kitab suci rujukan kepada mana-mana ahli yang baharu belajar bertatih, berjalan dan menyerahkan sepenuh jiwa kepada sebuah parti keramat orang Melayu yang bernama UMNO," katanya.
BACA: Imej UMNO tidak boleh terpalit dengan isu 1MDB: Muhyiddin
BACA: Warga UMNO perlu bangkit demi masa depan parti: Hishammuddin
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, rakyat dilihat akan menolak parti daripada terus menjadi kerajaan kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama jika mendapati pemimpin mereka tidak amanah dalam pentadbiran.
Sementara itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu, anggota UMNO perlu bangkit, bekerja keras, bersatu, mengenepikan segala kepentingan sempit serta peribadi dalam menghadapi ujian besar yang dihadapi kini.
Astro Awani
Tue May 12 2015

MAS ERMIEYATI: Guna taktik kontemporari untuk cari sokongan rakyat. -Gambar fail
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Semua pihak perlu bersama tangani isu aset TLDM yang usang - Hishammuddin
Semua pihak perlu bersama dalam usaha menyelesaikan isu aset pertahanan usang dihadapi TLDM.

COVID-19: Tiga fokus utama kerajaan sebelum negara ke fasa endemik - Hishammuddin
Kerajaan telah menggariskan tiga fokus utama untuk pembukaan semula sempadan negeri dan negara secara selamat, dan seterusnya beralih ke fasa endemik COVID-19.

al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.

Lawatan PM ke Arab Saudi pulihkan hubungan, disambut meriah
Lawatan rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jemputan Raja Salman Abdulaziz Al Saud membuktikan pemulihan hubungan dua hala yang terjejas ketika pemerintahan sebelum ini.

Hishammuddin punyai pengalaman luas, strategi tangani masalah keganasan
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas adalah tepat pada masanya kerana beliau mempunyai pengalaman luas.

Duta Besar Korea Utara biadab - Hishammuddin
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol biadab dalam mengeluarkan kenyataannya berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi negara itu, kata Datuk Seri Hishammuddin.

Kebersatuan ASEAN mampu bendung isu Laut China Selatan - Hishammuddin
Hanya kebersatuan yang konsisten antara 10 negara ASEAN memastikan sebarang isu terutama membabitkan Laut China Selatan tidak dikaburi pertimbangan atau campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.

Tiada anggota ATM dikesan terlibat Daish tahun ini - Hishammuddin
Fahaman Daish yang mempengaruhi anggota keselamatan itu disifatkan masih terkawal dan terhad kepada individu tertentu sahaja.

'Kehadiran peserta Kongres Rakyat bukan suara majoriti' - Hishammuddin
Menurut Hishammuddin, Dr Mahathir harus ingat jatuh bangun seseorang pemimpin bergantung kepada saluran betul dan bukan dengan cara perhimpunan.

Prestasi kakitangan bukan lagi diukur dengan bilangan kursus - Hishammuddin
Prestasi kakitangan sudah tidak boleh lagi diukur dengan bilangan kursus, kehadiran ke pejabat atau tempoh berkhidmat di dalam sesuatu organisasi.