Majoriti Umno Bahagian di seluruh negara meminta kerajaan mengekalkan Akta Hasutan selain mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata hasil tinjauan Umno pusat ketika ini, sehingga semalam 161 daripada 191 Umno bahagian telah menyuarakan perkara itu.
"Kita telah membuat tinjauan ini terhadap ketua-ketua Umno Bahagian di seluruh negara dan mereka mahu Akta Hasutan ini dikekalkan selain ISA di kembalikan.
Jumlah ini dijangka terus meningkat daripada Umno Bahagian yang lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.
Shahidan berkata selain itu terdapat juga cadangan agar Akta Hasutan dipinda bagi memastikan hukuman yang lebih berat dikenakan.
Sementara itu ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bachok, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata tindakan tegas perlu dikenakan termasuk terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang terus mempertahankan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
"Tindakan tegas perlu dikenakan kerana PPS tidak mematuhi bidang kuasa keselamatan negeri yang terletak di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya.
Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Bernama
Fri Sep 05 2014
SHAHIDAN: Hasil tinjauan Umno pusat ketika ini, sehingga semalam 161 daripada 191 Umno bahagian telah menyuarakan perkara itu.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.