awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting

Bernama
Bernama
25/01/2022
21:36 MYT
Polis panggil  Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
Kata Abdul Jalil, tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza oada Selasa dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung suatu hantaran di halaman media sosial Facebook mengandungi imej didakwa seakan jata Negeri Pahang yang disunting dengan perkataan "House of Balak".
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam kenyataan berkata aktivis berkenaan dipanggil untuk dirakam kenyataannya di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang, JSJ.
"PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian," katanya.
Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakannya untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.
Katanya tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Reza
#akta hasutan
#PDRM
#Abdul Jalil Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan