Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif, sebaliknya perlu menggunakan pendekatan ofensif dalam media sosial supaya rakyat tidak terkeliru dengan fitnah yang dibuat pelbagai pihak.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 87 peratus rakyat Malaysia aktif dalam media sosial dan medium itu seharusnya digunakan bagi meningkatkan kredibiliti parti dan kerajaan.
"Zaman ini, zaman media sosial, zaman langit tanpa sempadan, ada 30 juta rakyat dengan 35 juta jumlah telefon bimbit kerana ada yang mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit...inilah gelombang baru, jika kita tidak menghadapinya, kita akan tenggelam.
"Ini zaman untuk kita bangkit, sekarang masa untuk menyerang dan bercakap benar, demi untuk mengukuhkan kerajaan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Padang Terap di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO bahagian itu yang juga Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Ahmad Zahid berkata beliau sendiri tidak terlepas daripada fitnah media sosial apabila tersebar berita mengenai dirinya diserang penyakit angin ahmar, minggu lepas.
"Kalau kena strok, takkanlah saya datang ke Padang Terap ini, pergi ke Langkawi, Sungai Besar dan menghadiri ambang dan perarakan merdeka. Sepatutnya doakanlah yang baik-baik kepada pemimpin, ini doa yang tidak baik, dosa pun dapat, bertaubatlah segera," katanya sambil menyatakan beliau memaafkan pihak yang membuat fitnah tersebut.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan UMNO Kedah supaya tidak berada dalam keadaan selesa, sebaliknya perlu menggandakan usaha bagi memenangi hati rakyat.
Ahmad Zahid berkata UMNO dan BN hanya menguasai 20 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada masa ini dan pernah jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 lepas.
Justeru, katanya, pemimpin dan anggota UMNO negeri jelapang padi itu perlu muhasabah diri serta memberikan sokongan penuh kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk mengemudi jentera parti.
"Masalah yang berlalu biarlah berlalu...kita perlu jaga kandang politik kita supaya lembu tidak dimakan harimau, ayam tidak dicuri musang kerana banyak juga musang berbulu ayam, kita mesti jaga ahli, jaga kawan komponen, ambil tahu hal ehwal rakyat secara adil," katanya.
Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2 juta kepada Parlimen Padang Terap bagi menjalankan projek menaik taraf bekalan air di kawasan yang mengalami gangguan air bersih.
Bernama
Sat Sep 03 2016
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan para perwakilan semasa tiba di Dewan Badlishah Kolej MARA Kuala Nerang bagi merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap hari ini. - Foto Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Pas setia dengan kepimpinan Muhyiddin - Takiyuddin
Pas juga menyeru Ahli Parlimen Barisan Nasional agar terus beristiqamah untuk mempertahankan kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN.
Perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi berkaitan sistem visa bermula Oktober
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh perbicaraan itu semasa pengurusan kes pada Isnin.
Zahid bayang gabungan baharu ganti BN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan keperluan sebuah gabungan baharu untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah ditolak pengundi Malaysia pada pilihanraya umum ke-14 lepas.
UMNO, BN diam kerana beri Pakatan Harapan ber'honeymoon' - Khairy
UMNO kini sedang merangka strategi serta melalui penstrukturan semula sebagai usaha menjadi barisan pembangkang yang berwibawa.
Negara komited tangani isu pemerdagangan orang, penyeludupan migran - TPM
Dalam aspek penguatkuasaan, sebanyak 403 kes telah disiasat dan tangkapan telah dibuat ke atas 679 orang individu sepanjang tahun 2016.
Bajet 2017: Belanjawan terbaik untuk rakyat - Menteri Kabinet
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan belanjawan terbaik kepada setiap sektor dan golongan pendapatan rakyat.
Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara.
UMNO, BN perlu berhenti bersikap defensif di media sosial - TPM
Timbalan Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) berhenti bersikap defensif.
Pemimpin UMNO perlu layani trend 'hipster' untuk pikat hati rakyat - TPM
Pemimpin UMNO perlu menggunakan pendekatan sesuai dengan kumpulan sasaran dalam usaha menambat hati masyarakat untuk bersama parti itu.
Tindakan tegas terhadap pihak sebar ancaman Daish - Zahid
Timbalan perdana menteri itu berkata, penyebaran maklumat tidak sahih itu hanya menimbulkan kegusaran serta ketakutan dalam kalangan orang ramai serta perlu dihentikan serta-merta.