UMNO tidak 'hidup' atas isu perkauman walaupun parti itu mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, walaupun teras perjuangan parti adalah untuk kepentingan Melayu, ia tetap mengambil kira keperluan bukan Melayu yang turut menjadi sebahagian rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Dengan mengambil kira kepentingan tersebut, UMNO sehingga kini menjadi teras kepada kekuatan komponen Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan.
"Dalam BN, UMNO dihormati dan diperakui sebagai sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu tetapi tidak mengetepikan hak kaum lain.
"Komponen BN menghormati peranan dan perjuangan UMNO dalam membentuk sebuah kerajaan demokrasi sejak merdeka sehingga kini," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali mengulas tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa UMNO boleh bertahan kerana mengamalkan politik perkauman. Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat kenyataan tersebut dalam ucapannya pada konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad.
Dalam pada itu kata Syed Ali, Guan Eng membuat tuduhan tersebut bagi mengabui mata rakyat kononnya DAP lebih bersifat terbuka dalam pentadbirannya.
"DAP sememangnya parti perkauman yang diketahui umum tidak menyenangi wujudnya kesepakatan atau perpaduan di kalangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
"Namun DAP boleh menjalin hubungan politik dengan parti-parti berasaskan Melayu jika memberi keuntungan kepada mereka.
"Oleh sebab itu, PAS dan PKR sebelum ini hanya menjadi 'keldai politik' kepada DAP menerusi pembentukan Pakatan Rakyat (PR).
"Pakatan tersebut bagaimanapun telah dibubarkan dan PAS mengambil tindakan berani untuk memutuskan hubungan politik dengan DAP," jelasnya.
Syed Ali menjelaskan, dakwaan Guan Eng ternyata tidak berasas dan cuba mencetuskan rasa marah satu kaum lain terhadap UMNO.
"Inilah perbuatan rasis, seperti cuba menanam rasa benci bukan Melayu terhadap orang Melayu dan UMNO khususnya.
"Sebenarnya DAP lebih tidak bertanggungjawab, menganjurkan politik perkauman untuk menagih undi daripada bukan Melayu terutama pengundi Cina," katanya.
Syed Ali yang juga Bendahari BN Wilayah Persekutuan berkata walaupun UMNO berpegang kepada perjuangan Melayu, tetapi sebagai parti yang menguasai kerajaan tidak pernah mengamalkan politik kuku besi terhadap rakannya dalam BN.
"UMNO mengambil langkah lebih berhemah dengan mengambil kira sensitiviti rakan gabungannya atas kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
"Teras perjuangan UMNO adalah Melayu tetapi tidak bermakna kita mengamalkan politik perkauman," ujarnya.
Mengulas perbezaan pendapat di kalangan pemimpin blok pembangkang untuk menamakan calon Perdana Menteri di kalangan mereka, Syed Ali berkata itu hak mereka untuk berbuat demikian.
"Itu hak dan kehendak mereka (pembangkang), tetapi apa juga pilihannya terletak di atas keputusan rakyat yang akan dibuat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang," tegasnya.
Astro Awani
Tue Oct 11 2016
UMNO tidak 'hidup' atas isu perkauman walaupun parti itu mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Imigresen serbu kilang jahit pakaian, tahan 50 warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 50 warga asing termasuk seorang 'pengurus syarikat' dalam serbuan di sebuah kilang jahitan pakaian di Cheras, Rabu lepas.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
JIM Kuala Lumpur tahan 15 tukang urut dalam serbuan di Cheras
Seramai 15 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.
Calon SPM antara 2 lagi ditahan terlibat samun bersenjata warga asing
Dua lagi pelajar sekolah menengah ditahan pada Sabtu, selepas disyaki terlibat dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata di Cheras.
Tiada kes tibi berstatus wabak di Cheras
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Persekutuan (JKWPKL&P) menegaskan tiada kes Tuberkulosis (tibi) berstatus wabak di Cheras.
Kes tuberkulosis dalam negara terkawal - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal.
12 lelaki didenda RM3,000 setiap seorang kerana merusuh guna senjata
Kesemua tertuduh yang bekerja sebagai penarik kereta, pemandu lori, jurujual dan mekanik membayar denda tersebut.
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Empat kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Cheras di sini merekodkan bacaan tertinggi iaitu 160.
Jerebu: Lapan kawasan catat IPU tidak sihat, Cheras tertinggi
Sebanyak lapan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat dengan Cheras merekodkan 157, yang tertinggi setakat 10 pagi ini.
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara mula dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.