KUALA LUMPUR:Beberapa pemimpin UMNO menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan segera parti politik yang didakwa bersekongkol dengan kartel daging sejuk beku serta menyalah guna logo halal seperti didakwa Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, laporan polis dibuat JMM menggemparkan banyak pihak namun setakat ini, masih belum jelas parti manakah dimaksudkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.
“Melalui sidang media itu, kami dengar JMM kata ada parti politik turut terlibat dalam isu tersebut malah terlibat dalam usaha menjatuhkan National Feedlot Corporation (NFC).
“Persoalannya ialah parti politik yang mana lakukan perkara ini kerana ia adalah perkara yang sangat penting untuk negara khususnya umat Islam di negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Gesaan sama turut disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang menggesa polis menyiasat sesiapa sahaja yang didapati bersekongkol dengan kartel daging berkenaan.
“Sebelum ini kita mendengar dakwaan skandal NFC sehingga menyebabkan nama baik keluarga bekas Menteri Kesejahteraan Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Jalil terjejas teruk.
“Namun, sehingga kini kita tidak mendengar sebarang kesalahan atau pendakwaan dijatuhkan ke atas mereka, walhal saya sendiri bersedia menerima hakikat sekiranya skandal NFC itu satu perkara benar.
“Bagi saya, paling penting pihak berkuasa termasuk polis mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap sesiapa sahaja petualang yang bersekongkol dengan kartel berkenaan, termasuk ahli dan parti politik,” ujarnya.
Kelmarin, JMM membuat laporan polis supaya pihak berkuasa itu menyiasat penglibatan parti politik dan sekutunya yang didakwa bersekongkol dengan pihak kartel daging sejuk beku untuk terus menguasai pasaran negara ini.
Ini termasuk pembabitan ahli politik dipercayai turut bekerjasama dengan pihak kartel itu dengan cara menghalang tertubuhnya syarikat Melayu Bumiputera di bawah kerajaan seperti NFC.
Astro Awani
Thu Dec 31 2020

Laporan polis dibuat JMM menggemparkan banyak pihak namun setakat ini, masih belum jelas parti manakah dimaksudkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut. - Gambar fail

Imuniti Kelompok | Mampu lindungi kumpulan berisiko
Imuniti kelompok juga boleh dicapai apabila 50 hingga 60 peratus populasi divaksinasi. Namun, ia bergantung kepada pola jangkitan semasa.

Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.

Kes Bunuh Khashoggi | Presiden AS umum pendirian Isnin ini
Presiden Joe Biden akan buat pengumuman berhubung dasar luar negara itu dengan Arab Saudi Isnin ini. Ini susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan Putera Mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pakej bantuan AS$19 trilion
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan pandemik COVID-19 bernilai 1.9 trilion dolar amerika bagi membantu rakyat negara itu. Undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang.

Rampasan Kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera. Dalam ucapan penuh emosi, Kyaw Moe Tun berkata tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik.

COVID-19: Sekatan bersiar-siar di pantai dikuat kuasa
Penduduk di Nice, Perancis tidak dibenarkan bersiar-siar di tepi pantai sepanjang hujung minggu. Ia selepas kerajaan melaksanakan sekatan sementara di beberapa kawasan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej rangsangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Menteri Luar mulakan lawatan rasmi ke Brunei hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: AS lulus pakej ransangan COVID-19 | Duta Myanmar ke PBB dipecat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kongres FAM: Hamidin kekal penggal 2021-2025
Datuk Hamidin Mohd Amin bakal terus diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tempoh lima tahun lagi.

Dakwaan terima tawaran percutian mewah, SPRM minta Salahuddin buat laporan
SPRM sedia melakukan siasatan berhubung pendedahan Datuk Seri Salahuddin Ayub berhubung dakwaannya mengenai tawaran percutian mewah ke Eropah.

Kartel daging: Syarikat sejuk beku, pengarah dan pengurus didakwa guna logo halal palsu
Sebuah syarikat sejuk beku bersama seorang pengarah dan seorang pengurusnya didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging.

Kartel daging: Daging campur aduk, Maqis syak kegiatan pembungkusan semula di gudang
Sumber daging tersebut ditemui bercampur aduk dari rumah penyembelihan yang tidak diluluskan dengan yang diluluskan oleh kerajaan.

Pensijilan halal: Proses pendigitalan elak titik rentan dalam rantaian bekalan
Penerapan teknologi rantaian blok sebagai kaedah yang paling terjamin untuk memastikan integriti halal dan pematuhan ketat.

Biar kerajaan bertukar ganti, institusi antirasuah harus terus kukuh - Rais Hussin
Dr Rais berkata, pelbagai jenis undang-undang rasuah yang ketat boleh diwujudkan, namun ia harus selari dengan komitmen masyarakat.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh disemak di portal Halal, SmartHalal
Senarai penuh 318 pengimport daging berlesen yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia boleh disemak di portal tersebut.

Isu kartel daging import tak halal: Pengasas Raihanah Cold Storage saman Sang Kelembai
Pengasas syarikat Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman menuntut ganti rugi RM150 juta terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Zaharin Mohd Yasin, juga dikenali sebagai Sang Kelembai.

Senarai pengimport daging hanya boleh didedahkan selepas selesai kes mahkamah - Dr Zulkifli
Senarai pengimport daging yang diberikan lesen untuk memasarkan daging di negara ini hanya boleh didedahkan selepas selesai pendakwaan melibatkan SPRM.

Sebahagian senarai pengimport daging berlesen akan dikeluarkan hari ini
Zulkifli berkata, ia bagi mengurangkan kebimbangan orang ramai berhubung isu makanan halal.

Kartel daging: Lebih banyak tangkapan akan menyusul - SPRM
Beberapa lagi individu akan ditahan berhubung isu sindiket kartel daging import haram.