UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menyerahkan dua nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan bagi bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Ketuanya Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata dua nama yang dicadangkan itu itu adalah calon yang terbaik dan memenuhi kriteria yang diinginkan Barisan Nasional (BN).
"Kami UMNO Bahagian Permatang Pauh sepakat dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih dan menentukan calon yang terbaik untuk bertanding pada PRK kali ini.
"Matlamat kami pada PRK kali ini adalah untuk menang tidak kira siapapun calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 2,311 penerima di kawasan Parlimen Permatang Pauh, di sini hari ini.
PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon keluarga Anwar atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, Selangor.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 April ini hari penamaan calon manakala pengundian awal 3 Mei dan hari pengundian 7 Mei.
Mohd Zaidi berkata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dijangka mengumumkan nama calon BN pada satu majlis 23 April ini.
"Dari segi jentera, kami telah bersiap sedia untuk menjalankan gerak kerja berkempen dengan segala percaturan dan perkiraan selain memperkuatkan lagi kekuatan jentera untuk menawan hati pengundi terutamanya pengundi Cina dan India.
"Kami yakin calon yang akan bertanding mampu menandingi calon lawan sekaligus merampas kembali kerusi Parlimen itu dalam PRK berkenaan," katanya.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh selepas menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi
Bernama
Sat Apr 11 2015
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri dijangka mengumumkan nama calon BN pada satu majlis 23 April ini. - Fail Foto
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
PRU15: Nurul Izzah terima kekalahan dengan hati terbuka, janji akan kembali
"Inilah demokrasi yang sentiasa kita pertahankan dalam mana-mana pilihan raya."
PRU15: Berakhirnya legasi kerusi keluarga Anwar di Permatang Pauh
Kawasan Parlimen tersebut yang menjadi kubu kuat PKR sejak 1982 kini bertukar tangan kepada Pas yang bertanding atas tiket PN.
PRU15: BN Permatang Pauh sedia lawan Nurul Izzah sekali lagi - Mohd Zaidi
Nurul Izzah Anwar diakui BN sebagai calon 'heavyweight' yang dipertaruhkan oleh Pakatan Harapan.
PRU15: Nurul Izzah beri bayangan bertanding di Permatang Pauh
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memberi bayangan beliau akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15 nanti.
Pertahan kerusi Permatang Pauh, Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan PKR
Nurul Izzah serah pada pucuk pimpinan parti untuk tentukan kedudukannya pada PRU15.
Mahkamah tolak rayuan Anwar berhubung hak sebagai pengundi
Hakim juga mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi 15 Julai tahun lepas yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi pada PRK itu.
UMNO Permatang Pauh kemuka dua nama calon kepada pucuk pimpinan
UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menyerahkan dua nama calon kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan pada PRK 25 April ini.