JOHOR BAHRU: UMNO tidak pernah dicucuk hidung sejak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) malah tidak pernah menukar prinsip perjuangan sehingga kini.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
"Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal terlalu naïf kerana tidak dapat bezakan antara 'prinsip' dan 'manhaj' (kaedah) perjuangan.
"Dia mentah dalam liku pemikiran politik. Dia cuma melalui liku liku pertukaran kerajaan. Masuk politik dengan mudah. Masuk terus jadi YB.
"UMNO tetap menjaga prinsip bila bekerjasama. UMNO tidak dicucuk hidung dalam isu kalimah Allah. PH yang bisu. UMNO mewakili suara orang Melayu dalam kerajaan," tulisnya dalam Facebook miliknya pada Sabtu.
Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkata, parti itu tidak pernah menukar prinsip perjuangan walaupun perkara tersebut dibolehkan.
"UMNO tidak pernah tukar prinsip perjuangan. Tukar kaedah, uslub dan manhaj memang dibolehkan. Ia ikut keadaan masa tersebut.
"No Anwar No DAP adalah manhaj sebelum PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15). Di PRU15 BN-PH berlawan. Tetapi selepas PRU15 manhaj (kaedah) berubah," ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu menjelaskan, kerjasama UMNO dan PH itu dibuat atas keperluan mendesak kerana kerajaan Persekutuan perlu dibentuk selapas mendapat titah Yang di-Pertuan Agong selepas PRU15.
Katanya, UMNO setuju manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sahaja ingkar kerana 'bodoh sombong'.
Menurut Puad, walaupun bersetuju membentuk kerajaan bersama, BN tidak menyertai PH, ini berbeza dengan Bersatu dan Pas yang lebih awal bersekongkol dengan DAP termasuk bergabung dalam PH dan Pakatan Rakyat.
"UMNO pernah berkawan dengan Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia). Di awal penubuhannya parti itu dicop cauvinis. UMNO juga berkawan dengan Pas yang ketika itu isu mengkafirkan lawan panas," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 04 2024
Mohd Puad berkata parti itu tidak pernah menukar prinsip perjuangan walaupun perkara tersebut dibolehkan. - Foto Sinar Harian
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Polis dedah lakaran fotofit suspek serangan simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.
Polis edar fotofit suspek simbah asid Faisal Halim
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengedarkan fotofit atau lakaran wajah dipercayai suspek terbabit serangan asid terhadap bintang Selangor FC, Faisal Halim.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
PRN Sabah: Tiada parti boleh bergerak solo, UMNO dijangka bentuk gagasan - Bung Moktar
UMNO Sabah memberi bayangan akan membentuk satu gabungan atau gagasan baharu dengan mana-mana parti yang dirasakan boleh bekerjasama dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
‘Pas lebih lama dengan DAP’ - Ahmad Maslan
"Kumpulan ini sebenarnya orang hipokrit tahap tinggi," kata Ahmad membidas segelintir penyokong pembangkang.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.