awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO teliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
18/09/2016
11:22 MYT
UMNO teliti usul persempadanan semula kawasan pilihan raya - Tengku Adnan
TENGKU ADNAN: Usul itu akan turut dibawa pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Sept. -Gambar fail
Usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan diteliti oleh anggota Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) pada 23 Sept adalah antara perkara yang akan diberi perhatian oleh UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata usul itu akan turut dibawa pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Sept.
Katanya sebarang syor atau bantahan yang diputuskan hasil penelitian tersebut kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab memutuskan perkara berkenaan.
"Pilihan raya berkait tentang bilangan dan kawasan di mana jumlah kerusi mempengaruhi keutuhan sesebuah kerajaan memerintah, jadi proses ini (persempadanan semula) antara yang boleh memberi impak kepada perkara itu dan ia wajar diambil perhatian oleh parti," katanya.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Dewan Kolej Matrikulasi Arau di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis lepas (15 Sept).
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebelum ini memaklumkan kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.
Menurut Abdul Ghani SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula 15 Sept hingga 14 Okt.
Terdahulu dalam ucapannya Tengku Adnan berkata UMNO turut perlu mempergiat jentera dalam meneliti senarai daftar pemilih di setiap bahagian dan cawangan sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Topic Berkaitan
#Dewan Tertinggi Barisan Nasional
#kawasan pilihan raya
#persempadanan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan