awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
SST terhadap barangan import termasuk buah-buahan mungkin disemak semula - Ahmad Zahid
MALAYSIA
Guru muat naik hantaran jelik kemalangan pelajar UPSI, polis tunggu laporan perubatan
MALAYSIA
62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke politeknik dan kolej komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Umrah belum dibenarkan, MOTAC siasat iklan meragukan

Bernama
Bernama
08/12/2020
11:29 MYT
Umrah belum dibenarkan, MOTAC siasat iklan meragukan
Syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran untuk sebarang pakej umrah, selain menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran meragukan. - Gambar hiasan BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah tersebut selepas COVID-19 melanda.
MOTAC turut menegaskan, syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran untuk sebarang pakej umrah, selain menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran meragukan sehingga kerajaan membenarkan ibadat itu dilaksanakan kelak.
"Buat masa ini, kementerian masih berpegang kepada dasar sedia ada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang tidak membenarkan perjalanan keluar negeri bagi tujuan tidak penting, khususnya aktiviti pelancongan.
"Dalam hal ini, aktiviti umrah yang dikawal selia di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) turut tidak dibenarkan.
"Sehingga perubahan dasar kerajaan ini dibuat, sebarang aktiviti melibatkan umrah adalah masih dilarang sehingga diumumkan kelak," menurut MOTAC dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, kerajaan melalui Kementerian Luar telah berbincang dengan kerajaan Arab Saudi dalam usaha menggerakkan semula pemulihan ekonomi kedua-dua negara susulan pandemik COVID-19, termasuk kemungkinan membenarkan aktiviti umrah melibatkan rakyat Malaysia walaupun sebelum vaksin wabak itu ditemui.
Pada 23 September lepas, Arab Saudi mengumumkan penerimaan semula jemaah umrah dunia secara berperingkat yang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat selepas menggantung visa ibadah tersebut pada Februari lepas akibat pandemik COVID-19. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#umrah
#iklan pakej umrah
#umrah belum dibenarkan
#Arab Saudi
#COVID-19
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#MOTAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami