awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMW, Yayasan Hijau Malaysia seiring melestarikan alam

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
28/06/2023
03:30 MYT
UMW, Yayasan Hijau Malaysia seiring melestarikan alam
Kumpulan UMW dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah menjalin kerjasama untuk memastikan kelestarian alam melalui program penghijauan di Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kumpulan UMW dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) telah menjalin kerjasama untuk memastikan kelestarian alam melalui program penghijauan di Malaysia.
Yayasan Hijau Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, bertanggungjawab dalam melancarkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Program Penghijauan Malaysia yang dilancarkan pada 5 Januari 2021.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia, Amin Abdullah, kempen tersebut hasil kerjasama rentas agensi, kerajaan negeri, syarikat swasta dan korporat termasuk UMW.
“Hasil kerjasama pelbagai agensi, kerajaan negeri, syarikat swasta, korporat dan institusi pendidikan dalam menjayakan kempen ini, hampir 61 juta pokok, merangkumi hampir 1,600 spesies telah berjaya ditanam semenjak insepsi kempen ini pada tahun 2021,” ujarnya.
Jelasnya lagi, kempen ini merupakan salah satu inisiatif Program Penghijauan Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang bertujuan menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025.
Program ini melibatkan pelbagai pihak, termasuk badan korporat, untuk mengambil bahagian dalam usaha penghijauan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UMW, Zailani Ali berkata, syarikat itu menyokong agenda nasional kerajaan untuk menghijaukan Malaysia dengan mempergiatkan aktiviti penanaman pokok, sebagai salah satu inisiatif Kumpulan UMW untuk menangani isu pelepasan gas rumah hijau ataupun, greenhouse gas emissions.
“Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar, Kumpulan UMW, dengan kerjasama UMW Toyota Motor dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, telah melancarkan Inisitif Pucuk Hijau UMW, yang menyasarkan penanaman 300,000 pokok bakau menjelang 2023,” jelasnya.
Pada masa sama, Yayasan Hijau Malaysia berharap lebih banyak syarikat korporat dan individu akan tampil menyumbang dana dalam kempen berkenaan agar usaha penghijauan Malaysia ini mendapat sokongan dan penglibatan yang meluas di seluruh negara.
Syarikat serta individu yang berminat untuk menyertai kempen ini boleh menyalurkan sumbangan dana mereka melalui YHM dan layak mendapat faedah pengecualian cukai yang disediakan di bawah Kategori Pembangunan Teknologi Hijau dan Pemuliharaan Alam Sekitar.
Dana itu akan digunakan untuk aktiviti penanaman, bekalan anak pokok dan penyelenggaraan selepas tanaman.
Topic Berkaitan
#Kumpulan UMW
#Yayasan Hijau Malaysia
#Kempen Penanaman 100 Juta pokok
#Program Penghijauan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan