KUALA LUMPUR: Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 57, atau 'Uncle Kentang' mengesahkan dirinya positif COVID-19 pada Isnin.

Berkongsi berita duka menerusi hantaran di laman Facebooknya, Uncle Kentang bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana beliau mendapat jangkitan tersebut.

"Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A COVID positif. Bubuh oksigen," katanya di laman Facebooknya itu pada Isnin.

Dalam hantaran berasingan, Uncle Kentang sebelum itu meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai hospital swasta yang menerima pesakit COVID-19.

"Looking for hospital. Any private hospital can admit COVID patient? Please help. My number 016 2683999," catatnya. 






Dalam pada itu, beliau turut mengadu mengalami keletihan berikutan jadual kerja yang padat termasuk ke Kampung Poum Jelebu untuk mengagihkan dana banjir sebelum pulang semula ke Puchong pada hari sama.




Artikel asal di Sinar Harian