KUALA LUMPUR: Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin kesal dengan tafsiran mengelirukan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz mengenai kedaulatan pembesar-pembesar Negeri Sembilan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menzahirkan rasa dukacita dan kekesalan dengan tafsiran berkenaan.
"Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menzahirkan rasa dukacita dan kekesalan yang amat dalam dengan tafsiran mengelirukan, separuh masak dan tidak tuntas oleh Shamrahayu mengenai Perkara 181 yang menyentuh kedaulatan Pembesar-Pembesar Memerintah menerusi istilah 'Raja bagi Negeri Sembilan' dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Malah kenyataan beliau yang berubah dan tidak konsisten pada dua siaran itu cukup mengguris sensitiviti Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin selaku Raja bersama di Negeri Sembilan.
"Seyogia dimaklumkan, tafsiran Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan itu hendaklah dibaca bersama Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; Fasal 6, Fasal 28 dan Fasal 79 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dan Perkara 66 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) untuk pemahaman lebih tuntas dan tepat.
"Tafsiran itu juga wajar mengambil kira amalan sistem beraja di Negeri Sembilan antara Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin sejak Perjanjian Konfederasi Negeri Sembilan dimeterai pada 8 Ogos 1895," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu merujuk kepada pandangan disuarakan oleh Shamrahayu menerusi siaran 'Temu Bual Bicara Pakar: Sistem Pemerintahan Beraja Negeri Sembilan' di saluran YouTube Perpustakaan UiTM pada 8 Julai, dan video bertajuk 'Kedaulatan Hanya Milik Raja Pemerintah' di Facebook Kursi Institusi Raja-Raja Melayu pada 20 Julai 2022.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad, turut menzahirkan rasa kecewa dan terguris dengan tindakan Shamrahayu yang tidak bersungguh-sungguh memperbetulkan kekhilafan yang dilakukan apabila dihubungi secara langsung menerusi aplikasi WhatsApp pada 22 Julai 2022.
Kenyataan itu juga menyebut, Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin telah memberi teguran terhadap UiTM dan Kursi Institusi Raja-Raja Melayu supaya tidak lagi menyentuh secara semberono kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah yang menjadi sebahagian institusi Raja bagi Negeri Sembilan.
Astro Awani
Sun Jul 24 2022
Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menzahirkan rasa dukacita dan kekesalan dengan tafsiran berkenaan.- Gambar/ FB @Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Najib hanya terima belas ihsan, bukan pengampunan penuh - Prof Shamrahayu
Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Suruhanjaya Reid enggan masukkan kuasa besar Majlis Raja-Raja - Shamrahayu
Suruhanjaya Reid enggan memasukkan kuasa besar kepada Majlis Raja-Raja dalam membincangkan polisi atau dasar negara.
'Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka' perlu dilaksana bagi capai peradaban - Shamrahayu
Malaysia memerlukan suatu gagasan dan pelan pelaksanaan jelas dinamakan 'Gagasan 100 Tahun Malaysia Merdeka' dalam mencapai peradaban Melayu dengan matlamat meraikan kepelbagaian dan perpaduan.
PRU15: SPR perlu cari jalan tingkat jumlah keluar mengundi - Shamrahayu
Shamrahayu berkata perkara itu perlu menjadi keutamaan pihak SPR bagi memastikan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini terpelihara.
Md Raus antara tiga individu dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Turut dilantik bekas Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Abdul Razak Tready dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz.
Kepentingan awam perlu diutamakan dalam pemberian pengampunan - Shamrahayu
Pemberian pengampunan tidak boleh dipengaruhi darjat supaya undang-undang tidak dilihat sebagai tidak adil oleh rakyat.
Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin kesal tafsiran Shamrahayu
Kenyataan itu menzahirkan rasa kesal terhadap Yang Teramat Mulia Datuk-Datuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin di Negeri Sembilan.
Perinci jenis kesalahan hukuman mati mandatori yang akan dimansuh
Shamrahayu berkata, buat masa ini, butiran mengenai perkara itu belum dinyatakan dengan jelas.
Pinda Perlembagaan Persekutuan, beri kuasa Mahkamah Syariah untuk semakan kehakiman - Shamrahayu
Beliau berpandangan sekiranya sesuatu perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah maka Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai kuasa kehakiman dan kuasa untuk menyemak.
Gelaran Premier: Sarawak ada hak pinda perlembagaan negeri - Prof Shamrahayu
Pada masa sama pindaan terhadap perlembagaan terbabit perlu selari dengan Perlembagaan Persekutuan.