awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Undang-undang pengganti Akta Hasutan 1948 ditentukan Kabinet- Najib

Bernama
Bernama
12/07/2014
00:53 MYT
Undang-undang pengganti Akta Hasutan 1948 ditentukan Kabinet- Najib
NAJIB: MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan penghasilan draf undang-undang baharu.
Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya kata beliau perkara itu akan ditentukan oleh kabinet.
Justeru tegasnya, MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan perkara itu (penghasilan draf undang-undang baharu).
"Sepatutnya perbincangan dan pendapat dibincangkan secara tertutup dan MKPN bukan badan muktamad, sebaliknya kabinet," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT) di bangunan PWTC di sini pada Jumaat.
Najib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan untuk turut menyatakan pendirian serta menyumbangkan pendapat terhadap usaha penghasilan draf undang-undang itu.
Oleh itu, beliau berkata UMNO akan mewujudkan satu jawatankuasa kecil di bawah Biro Perlembagaan dan Undang-undang untuk mengkaji dan seterusnya membuat cadangan berhubung draf undang-undang tersebut untuk pertimbangan pihak kerajaan.
Topic Berkaitan
#Akta Hasutan 1948
#Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional
#MPKN
#Najib Tun Razak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan