Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan yang terbaik pada Piliihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti dengan memberikan mandat kepada parti yang telah terbukti memberikan khidmat yang baik dan ikhlas.
Tengku Abdullah bertitah kehadiran baginda di beberapa program bukan bertujuan untuk mencampuri urusan politik di negeri ini, tetapi lebih kepada untuk melihat sendiri dengan lebih dekat perjalanan kempen pada PRU kali ini.
"Tepuk dada tanya selera, jangan salah makan nanti sakit perut...makanlah yang baik, undilah dengan baik," titah baginda sewaktu merasmikan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Bongsu, Lanchang, dekat sini hari ini.
Turut berangkat hadir, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Majlis turut dihadiri calon BN bagi kerusi Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kesejahteraan Tempatan Datuk Seri Mohamad Mentek.
Baginda menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob di peringkat negeri, yang menjayakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat.
"PPR di Kampung Bongsu adalah satu manifestasi agenda pembangunan negara dalam mensejahterakan rakyat, di seluruh negara, ia membabitkan pembinaan 118 projek dengan perbelanjaan RM6 bilion yang memanfaatkan 83,000 keluarga.
"Di Pahang sahaja ada 36 projek, saya berpandangan kejayaan ini adalah manifestasi peranan kerajaan dalam mensejahterakan rakyat," titah baginda.
Tengku Abdullah juga menyarankan supaya lebih banyak projek PPR dilaksanakan di seluruh Pahang termasuk di DUN Mentakab dan Kuala Semantan di bawah Parlimen Temerloh dan berharap ia dilaksanakan segera.
"Saya difahamkan ada lebih 187,000 golongan B40 dan mereka ini memerlukan kediaman selesa...kita perlu projek PPR di DUN Mentakab serta Kuala Semantan, saya berharap perkara ini dapat diluluskan segera," titah baginda.
Sementara itu Mohd Sharkar berkata, PPR Kampung Bongsu di Lanchang akan dibangunkan di atas tanah kerajaan berkeluasan 20 hektar dengan pembinaan 500 unit rumah.
Katanya, lima unit rumah dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) selain turut dibangunkan sebuah dewan serbaguna, tadika, surau dan kedai.
Beliau berkata, setiap unit PPR berharga RM35,000 dan kerajaan akan memberi subsidi RM160,000 bagi setiap rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 06 2018
TENGKU ABDULLAH: Kehadiran baginda di beberapa program untuk melihat sendiri dengan lebih dekat perjalanan kempen pada PRU kali ini. - Gambar fail
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Warga PDRM diseru laksana tugas secara profesional, beri khidmat berintegriti - KPN
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Lepas pilihan raya, wakil rakyat bukan lagi wakil parti - Penganalisis politik
Wakil rakyat tak boleh meletakkan dirinya sebagai partisan lagi dan harus bekerja semata-mata untuk rakyat.
Menteri dari UMNO perlu buktikan berkhidmat untuk rakyat - Ketua Bahagian Beruas
Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Azhar Ahmad menjelaskan selain menumpukan terhadap masalah rakyat, ahli politik juga perlu taat dan patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.
ADUN Buntong tinggalkan DAP, sertai Gerakan
Keputusan itu dibuat bagi meneruskan khidmatnya kepada rakyat di Buntong yang didakwa gagal dilaksanakan semasa dalam DAP.
FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.
Undi mereka yang mampu beri perkhidmatan terbaik - Tengku Abdullah
Tengku Abdullah bertitah kehadiran baginda di beberapa program bukan bertujuan untuk mencampuri urusan politik di negeri Pahang.
Dominic Lau tidak kisah dengan calon Bebas mesra PKR
Ini susulan penolakan pencalonan penyandang kerusi tersebut selama dua penggal, Chua Tian Chang atau Tian Chua oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran sabitan satu kes mahkamah pada 2013.
Big Bang janji bertemu semula apabila bunga mekar di 'Flower Road'
Dengar mesej Big Bang dalam "Flower Road" sementara menunggu untuk melihat kelima-lima anggota Big Bang kembali beraksi lagi.
Selamat tinggal Bayern Munich
Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes akhirnya mengumumkan tidak menyambung khidmat bersama kelab itu.
RNC janji terus berkhidmat kepada penduduk Lembah Pantai
Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berjanji untuk terus berkhidmat kepada penduduk di kawasan Lembah Pantai.