IPOH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpandangan tiada keperluan membawa usul undi percaya untuk mengabsahkan pelantikan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula minggu hadapan.
Justeru ahli Parlimen Tambun itu menyifatkan bahawa pihak pembangkang yang mendesak supaya usul berkenaan tetap dibawa dalam persidangan itu, tidak memahami kaedah perundangan negara berhubung lantikan seorang perdana menteri.
Katanya apabila usul undi percaya itu dibawa, perkara berkenaan seolah-olah cuba menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memperkenan perlantikan tersebut.
“Mungkin Pembangkang tak berapa faham. Apabila Yang di-Pertuan Agong telah pun membuat lantikan, setelah Tuanku Baginda benar-benar yakin seseorang itu telah mempunyai sokongan majoriti Dewan, maka tak perlu lagi kita nak bawa kepada Dewan.
“Apabila mereka nak bawa ke Dewan, ini bermaksud mereka menidakkan kuasa lantikan seorang perdana menteri itu, oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Moh Lepak Sekejap Bersama YB Peja yang dianjurkan Majlis Belia Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, di Meru Raya di sini pada Ahad.
Pada Sabtu Pakatan Harapan (PH) dilaporkan menyambut baik usaha perdana menteri, untuk melaksana transformasi Parlimen namun tetap berpandangan bahawa usul undi percaya terhadap Ismail Sabri masih perlu dilakukan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH melihat wujud keperluan usul undi percaya itu diadakan secepat mungkin pada sidang Dewan Rakyat kali ini berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.
Amirrul Rabbani
Sun Sep 12 2021
Kata Ahmad Faizal apabila usul undi percaya itu dibawa, perkara berkenaan seolah-olah cuba menidakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang memperkenan perlantikan tersebut. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.